Friday, May 13, 2011

10 band terbaik sepanjang zaman


salam...entry kali ni berkaitan dengan 10 band terbaik sepanjang zaman yang telah di rating kan oleh aku sendiri berdasarkan kajian dan pemahaman serba sedikit tentang dunia music yg korang sendiri tawu betapa luasnya cadang2 nye... ini ialah pendapat aku, kalau korang tak boleh terima..pegi maen jauh2..

1st.METALLICA
Metallica ni ialah sebuah band metal legend kegemaran aku secara automatik aku letakkan band ini ditempat pertama kerana tahap ke'legend'an nye sangat2 laa membuatkan aku melopong pabila menyaksikan mereka perform live..so far,siapa2 yg aku bagi dgr lagu metallica..blom ade lg yg komplen tak best... lagu2 metallica byk dijadikan soundtrack utk filem2 yg top kt hollywood..kan best kalau aku jadi bassist utk band ni..kehebatan band ni sampai mereka diabadikan didalam sebuah video game Guitar Hero..!!gempak bai...


2nd. NIRVANA
kalau tadi otai metal...yang ini otai grunge..NIRVANA..sebab2 band ni layak menduduki tempat kedua ialah kerana ke'genius'an band ni dalam mencipta lagu...lagu yg brilliant selalunye akan dikenang sampai bile2...sebagai contoh lagu Smells Like Teen Spirit..sampai sekarang kalau korang g karok..mesti ade jiran sebelah menyebelah terpekik terlolong nyanyi lagu nih...padahal suara tak sampai pon...lagu2 Nirvana juga adalah punca inspirasi dan motivasi buat diri aku... kalau korang nak try...cecube...You're Know You're Right...


3rd.GREENDAY
untuk melabelkan band ni sebagai legenda...aku rasa gelaran itu terlalu tinggi utk dipikul..band yg mempertaruhkan genre punk rock ni tidak pernah menghampakan peminat2 walaupun sudah berumur...namun idea2 pembikinan lagu yg ditampilkan mereka..mmg three thumbs up... setiap kali album baru band ni keluar...CONFIRM!!!meletup dipasaran..dan merangkul banyak anugerah...bagi pendapat aku..legenda utk genre punk rock...aku berikan kat RAMONES... Hey! Hoo! lets go! Greenday juga adalah salah satu band mantap yg diabadikan di dalam game Guitar Hero...kalau tak power..tak masuk game beb...



4th.AVENGED SEVENFOLD
tempat pertama,kedua dan ketiga dirangkul oleh band2 otai yg semestinya pengalaman mereka setinggi banjaran yg menghijau dan sentiasa memayungi industri sebagai inspirasi utk band2 baru yg tumbuh ibarat cendawan selepas hujan...band keempat terhebat sepanjang zaman yg dirating oleh aku ialah Avenged Sevenfold...bersaing hebat dengan banyak lagi nama2 besar genre metal...namun,Avenged Sevenfold tetap mempunyai identiti yg tersendiri yg menyebabkan mereka sentiasa berpijak dilandasan kemasyhuran mereka tanpa risau digugat oleh band2 lain...antara band lain yg hebat dalam genre ini ialah Bullet of The Valentine, Atreyu, Trivium dan sebagainya... keunikan band ini terletak pada kehebatan vokalis M.Shadow yg serak2 basah ala-ala ella zaman2 baru abes SPM...lagu yg membuatkan aku addict ialah A Little Piece of Heaven...lagu ni mcm lain daripada yg lain...selalu nye sebot jewhh metal..mesti korang terbayang bunyi yg kuat dan bising..namun,satu jewhhh yg aku boleh simpulkan tentang lagu tu ialah...CUTE..!!


5th.PARAMORE
hidung aku berdarah lagi selepas tgok Hayley William (voc) dekat video live concert paramore @ Leeds...kalau korang nak..datang bilik aku bawak pendrive..band yg kreatif dengan lagu2 keremajaan dan cinta...masih mengekal imej rock yg cool dan segar...sentiasa tampilkan kelainan..awek comel yg lincah diatas stage...jauh meninggalkan pesaing2 band lain yg menampilkan vocalist perempuan seperti Flyleaf dan evanescence...lagu2 mereka byk dijadikan soundtrack filem seperti Twilight, Jeniffer's Body dan sebagainye..


6th.FOO FIGHTERS
salah satu band kelahiran America yg mempertaruhkan irama Alternative Rock yg mula bertapak pada tahun 1994... band ini dibuat oleh Dave Grohl (Drummer Nirvana)..ouhh yeker..??1st impression aku...mmg kembang kempis idong aku apabila dapat berita tentang kelahiran semula band hasil kelahiran daripada bandmate Nirvana..sebab aku mmg kipas susah mati kaw2 punye...so,aku try laaa dengar satu lagu...oke...try satu lagi...oke...try satu lagu lagi... perghhhh... sumer lagu mantap2... mmg patut laa Foo Fighter dapat menang Grammy Award sebagai Best Rock Album... (wajib dengar lagu EVERLONG sambil head banging sampai pening nak termuntah)


7th.MUSE
budak2 britain yg berkenalan ketika zaman sekolah Matt Bellamy dan Chris Wolstenhome bersepakat dan bersatu hati utk mencuba nasib dalam industri ini ketika awal 90-an.. daripada percubaan menjengah peluang..akhirnya mereka menjadi salah satu fenomena kerana kelainan dalam karya2 setiap album... menampilkan irama rock modern dengan selingan bunyi synthesizer yg semestinye mampu membuatkan korang terpaku melihat aksi mereka beraksi atas pentas.. pernah datang ke Malaysia sekali... sebab utama band ni di rating sebagai yg 10 yg terbaik ialah kerana lagu mereka cool...tak caye..??aku pedulik hape...



8th.SWITCHFOOT
band dari San Diego, Amerika Syarikat yg berjaya menarik minat aku ni tak laen tak bukan ialah Switchfoot...juga pemenang anugerah Grammy dalam Best Rock Gospel Album...lagu yg berjaya menggegarkan industri ialah Dare You To Move, Stars dan sebagainye..yg bestnye tentang band ni...disamping berbakat dalam seni...mereka juga giat berkempen dalam kempem Habitat for Humanity...Switchfoot juga mendapat perhatian daripada penggiat filem utk memuatkan lagu mereka sebagai soundtrack filem..seperti lagu Meant to Live soundtrack Filem SPIDER MAN.. nak di jadikan cerita...aku minat band nih kerana... lagu2 band nih adalah lagu wajib aku ketika jamming bersama rakan2... dulu zaman kanak2 riang..aku pernah perform lagu Meant to Live tu...


9th.RED HOT CHILI PEPPERS
mula bertapak ketika era 80-an lagi...mmg dah bertaraf pak cik2 dah diorang nih... mempertaruhkan irama funky...bile dengar lagu diorang korang still boleh goyang2 kepale.. kerana mmg layan beb kalau dgr lagu2 berirama funky nih... keistimewaan band nih ialah.. bandmate yg hebat.. boleh dikatakan semua yg ada dalam band nih mempunyai kemahiran mereka terhadap instrument yg dipertanggungjawabkan..sebagai contoh...FLEA...bagi aku yg di amanahkan untuk bermain bass... mmg aku tabik FLEA.. beliau ialah idola utk semua bassist diluar sana... tak dinafikan ramai lagi yg hebat..seperti Billy Sheehan, Wooten, John Myung dan lain2...namun,Flea mempunyai identitinya yg tersendiri...perform ngn identiti berlengging badan bertatu dan bulu ketiak bertaburan...menjadi igauan gadis2 ketika zaman kegemilangan mereka...chayaaalahh beb
10th.OASIS
tgok jewhhh bendera dalam gambar tu..korang mesti dapat agak dari mane band nih berasal... band ni berasal dari Manchester...buat peminat Man Utd..korang wajib tawu serba sedikit pasal band nih...malu laa beb kalau setakat tawu pasal WAN RUNI ngan CIKAROTO tu jewhhh.. band dari UK ni juga dikenali ngan nama THE RAIN...kalau nak disebut pasal award yg dimenangi oasis...memang tak cukup 1 rak...mungkin kene ade 1 gudang ikea utk menempatkan sumer trofi2 band nih...mmg banyak sangat budak2 UK nih menang..tak kire dari dalam negara mahupun antarabangsa...antaranya ialah BRIT-Award, Grammy award utk best rock song dan best video, Ivor Novello awards dan berderet2 MTV awards...penat laa nk tulis pasal award band nih...korang bayangkan berape byk award die...kalau award dah berlambak mcm tu...kompom2 laaa karya diorang ni bernilai tinggi...so,pandai2 korang laaa menilainye...


p/s:10 band yg ada kat atas nih...dirating berdasarkan telinga dan naluri aku...kalau korang rasa tak patut or tak puas hati kerana band kegemaran korang tak tersenarai...korang jgn lahh marah..kerana telinga sama bentuk tapi hati lain2...

5 comments:

  1. Lu kene dengar radiohead bru lu letak radiohead num 1.

    ReplyDelete
  2. dah dgr dah radiohead...teman suke high and dry...radiohead pon power gak...

    ReplyDelete

koi