Sunday, May 15, 2011

review: FOO FIGHTERS

untuk segmen review kali nih...aku focuskan sepenuh perhatian zahir dan batin pada band terkemuka antarabangsa FOO FIGHTERS.. pasti diluar sane sudah lame mengenali dan mengikuti perkembangan band ini.. namun ada juga yg masih tidak begitu sinonim dengan nama FOO FIGHTERS.. oleh itu, terimalah serba sedikit review yg boleh aku hidangkan utk santapan korang semua...sekian...selamat membaca


FOO FIGHTERS berasal dari amerika.. memperjuangkan muzik bertemakan alternative rock sejak 1994. FOO FIGHTERS di anggotai oleh Dave Grohl (vocal/lead guitar/piano dan segala tok nenek instrument semua die maen), Nate Mendel (bass), Taylor Hawkins (Drum), Chris Shiflett (lead, rhythm guitar),Pat Smear (lead, rhythm guitar)..

pelopor utama yg mengilhamkan band ini ialah Dave Grohl..beliau merupakan salah seorang bandmate utk band NIRVANA yg ketika itu di ambang kemerosotannye.. FOO FIGHTERS mendapat nama dari UFO dan pelbagai aerial phenomena yg di laporkan dari Allied Aircraft pilot ketika zaman perang dunia kedua.. dengan kekuatan nama dan kemahiran setiap ahlinya, FOO FIGHTERS mula melakar satu demi satu karya nya sehingga merangkul pelbagai anugerah..

pernah merangkul Grammy Award sebanyak 6 kali untuk pelbagai kategori..Brit Award 2 kali untuk best group dan best album.. MTV video music award sekali utk video "Big Me"



FOO FIGHTERS giat membuat khidmat masyarakat dengan berkempen utk HIV/Aids dan tour di seluruh dunia.. gambar di atas ialah rupa stage mereka ketika membuat persembahan di Wembley.. ramai tak ramai laaa peminat FOO FIGHTERS membanjiri stadium utk menyaksi kan mereka secara live.. memang gempak abes diorang nih....


kasi ushar siket mcm mane diorang head banging atas stage...mase concert nih... peminat FOO FIGHTERS memang berpuas hati abes2an kerana berbaloi bayar tiket mahal dapat tgok they'all perform lagu2 hits diorang... walaupun bersesak2an...namun cik kiah2 semua pulang dengan senyuman...
buat mase sekarang nih...FOO FIGHTERS ade 7 album sejak dari tahun 1995 hingga 2011.. FOO FIGHTERS (1995), THE COLOUR AND THE SHAPE (1997), THERE IS NOTHING LEFT TO LOSE (1999), ONE BY ONE (2002), IN YOUR HONOR (2005), ECHOES, SILENCE, PATIENCE & GRACE (2007), WASTING LIGHT (2011)

kesimpulannye yg aku boleh simpulkan utk korang ialah...aku bagi idea jewhh utk korang dgr lagu2 yg best... tapi walau camne pon..kuase mendengar di tangan anda.. bgtawu aku lagu FOO FIGHTERS ape kegemaran korang...

2 comments:

koi