Tuesday, December 25, 2012

Goyang Kapraa Goyang Part 1

Title : Langkah Pertama kehancuran Zionis
Isi Kandungan : BOIKOT..!! BOIKOT..!!

8.05 pagi : hujan renyai-renyai..sejuk..menggigil urat ketin aku..aku stretching2 sikit bagi tak cramp..hari ni genap hari kedua aku di kota KiyyYell..sebagai pelancong waktu tidur memang takkan pernah cukup..yang penting bagi aku, aku dapat selesaikan misi penjelajahan kota KiyyYell dan sampaikan mesej kemanusiaan kpd masyarakat metropolitan di bandaraya ni..metropolitan lah sangat..ramai je aku tengok bergelimpangan tidur kat bas stop beralaskan kotak TV 42 inci..

8.10 pagi : aik, 5 minit je aku bersiap..??ohh lupaa..aku ni kucing je..

9.30 pagi : aku keluarkan henset..petik gambar permandangan kota KiyyYell..memang maju..bangunan tinggi-tinggi..suka aku tengok orang ramai berpusu-pusu kehulu kehilir mencari rezeki untuk anak bini..kalau yang bujang-bujang ni banyak yg belum bangun tidur lagi..dah banyak sangat gambar aku petik ni..gambar aku je takde lagi..

9.45 pagi : "er, kak tolong petikkan gambar saya boleh..?" aku mintak tolong akak niaga air cedok tepi jalan petik gambar aku dengan berlatar belakangkan kota KiyyYell kesayangan ramai ni..
"boleh, apsal pulak tak boleh..bak sini talipon tu" jawab akak tu tanda setuju..
aku toleh kiri kanan mencari spot yang menarik untuk bergambar..ok aku dah jumpa..aku terus posing..
KECHIKKKK..!! bunyi kamera talipon aku menandakan gambar aku sudah dipetik..
"sekali lagi kak.." pinta ku lagi. sambil tukar posing buat lambang peace kat tangan.
"okeoke boleh..senyummm..satu dua tiiiiigaaa"
KECHIKKKK..!! kamera talipon aku berbunyi lagi tandanya gambar sudah dipetik..akak tu memulangkan semula fon kat aku..
UMANGAI..!! habis bergegar haaa gambar ni..akak ni parkingson ke ape..aku tarik muka ketat dan terus delete gambar2 tadi dari talipon aku..aku panggil orang lain pulak petik gambar aku..kali ni seorang driver teksi yg sedang menunggu pelanggan..sambil sebatang rokok ditangan kiri, tangan kanannya memetik gambar aku..


10.05 pagi : tekak aku rasa haus..maklumlah dah jauh berjalan..aku berhenti kat satu kedai runcit ni beli air kotak dan rokok batang..
"rokok batang ade tak bang..?" tanya aku kat orang kedai tu..
tanpa sepatah haram pun keluar dari mulut dia, dia terus bukak laci bawah meja dan keluarkan sekotak Marlboro merah..tarik sebatang bagi aku..
"sebatang singget" katanya..
"ehh..rokok lain takde bang..?" tanya aku..
"ko nak rokok ape..?" tanya brader kedai tu..
"tak kisah laa rokok pape pon..tapi taknak laa Marlboro" jawab aku..
"rokok ape..??" kali ni nada dia tinggi sikit..terkujat aku..5 saat jugak aku terdiam..
"nusantara ke..pine ke..tak kisah laa" jawab aku semula
brader tu buat muka ketat..dihembusnya kuat-kuat persis kuda liar yang ganas dan menanti untuk menerajang mangsanya..
"takde.." jawabnya ringkas sambil mengalihkan pandangan ke tempat lain.
aduhhh serba salah pulak aku..apa salah ke aku buat camni..? yang brader ni nak panas apsal pulak..
"haaa boleh laa, nusantara sekotak" pintaku kat brader tadi
brader tu terus ambil nusantara sekotak dan beri kat aku..aku bayar dan tunggu duit baki..dapat duit baki aku terus blah..


10.15 pagi : aku bakar rokok nusantara sebatang sambil meneruskan pengembaraan aku..banyak lagi tempat yang aku nak kena singgah ni.. sebenarnya aku bukan apa.. aku boikot rokok-rokok israel ni.. atas dasar kemanusiaan.. 


zine kemanusian dan keamanan sejagat


"kalau beri aku 2 nyawa, satu untuk ibu satu lagi untuk dunia"

Tuesday, November 20, 2012

entahlah..

kau ingat hidup ni untuk suka-suka ke..?
entahlah..

mungkin minggu ni minggu period aku..
entahlah...


entahlah weh...

serius...

....




asfhasdjfh

Monday, September 24, 2012

thesis

HIKAYAT MALIM SANGKOROWO berehat seketika sementara sang penulisnya selesai semua assignment dan juga thesis..nantikan kesinambungan kisah lagenda ini

Saturday, September 22, 2012

life.fate.desire.death





Hikayat Malim Sangkorowo - Kisah Atan Disengat Tebuan


Kilang membuat kabel elektrik ini tidak akan sunyi jikalau Atan ada disitu..sudah menjadi satu tugasnya untuk menegur dan bergurau senda dengan pekerja-pekerja disana tidak kira bangla, Nepal mahupun Vietnam..Atan memang terkenal dengan sikap peramahnya..ada saja topik hendak disembangkan dari topik sukan ke topik semasa hinggalah masuk ke topik yang entah apa-apa..

Taukeh kantin itu ialah Abang Din Sarjan.. dia ni pesara tentera.. masa bertugas dulu takde pun pergi masuk hutan angkat M-16.. dia hanya bertugas di dapur sahaja.. askar bahagian tukang masak lah katakan.. tapi….dia punye tegas mengalahkan komando kalau bab-bab memasak nih..jangan ada silap dimata dia..kalau korang tak nak disembur dengan kata-kata pedih yang keluar tanpa diduga dari mulut seorang lelaki yang dah separuh abad ni.. walau bagaimanapun, dia ni jenis yang mulut agak lancang, tetapi hatinya sangat baik..

Kebiasaannya, Atan akan mengular di tempat letak basikal bersebelahan dengan kantin kilang itu.. itu pun kalau betul-betul dah takde kerja nak dibuat.. kerja Atan bukanlah susah mana pun kerana pekerja di kilang itu biasanya hanya minum air kotak dan air tin sahaja.. Cuma kadang-kadang Encik Vincent, pengurus kilang itu meminta Atan menghantarkan kopi ke pejabatnya..

Atan duduk diatas basikal sambil membakar sebatang rokok..dia keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeans yang dipakainya itu.. tiada mesej yang masuk.. Atan membuka folder mp3 di telefonnya dan memainkan sebuah lagu sambil menghisap rokok.. Sekepul demi sekepul asap keluar dari mulut Atan.. Kepalanya terhangguk-hangguk melayan lagu Metallica yang bertajuk Master of Pupppet..dia memang meminati band Metallica sejak dari bangku sekolah lagi..hampir kesemua lagu Metallica sudah dihafalnya..



Jauh dari pandangannya, kelihatan anak-anak abang Din sedang bermain di halaman kantin.. entah mana pergi bapak budak ni.. isteri abang Din memang agak sibuk sedikit.. maklum sahajalah, ahli perniagaan..isteri abang Din berniaga tudung, baju kurung dan pelbagai aksesori wanita.. Oleh sebab itu, abang Din kerap membawa anak-anaknya ke kantin..jadi tak lah dia risau sangat kemana perginya anaknya itu..

Anak abang Din ada dua orang..Along dengan Remi.. Along ni nakal sikit.. panjat sana panjat sini.. mungkin bapak dia dulu pun macam ni jugak agaknya.. si Remi ni pulak pasif sedikit.. asyik duduk di kaunter dan makan kerepek ubi yang ditinggalkan Mak Esah untuk dijual dekat kantin itu.. Rasa aku separuh daripada keuntungan Mak Esah datangnya dari si budak Remi ni lah.. lepas sebungkus, dia bukak lagi sebungkus.. biarkan jelah, bapak dia kan boss besar kantin ni..

Sedar tak sedar dah hampir nak ke puntung dah rokok yang Atan hisap.. sibuk sangat melihat telatah budak berdua ni sampai tak sedar masa berlalu terlalu pantas.. Atan bingkas bangun dari tempat duduk basikal dan berjalan menuju ke kantin.. lagu Metallica masih lagi berkumandang.. sengaja dia tak mahu matikan..

“Atan..”
“ya, Encik Vincent..ada nak minum apa-apa ke..?”
“tak..saya bukan mahu minum..Abang Din mana..?mahu jumpa dia sekejap la..”
“ouhh abang Din..kalau tak silap saya, dia keluar kejap pergi pasar beli barang-barang basah..kenapa..? ada apa-apa ke encik Vincent..?”
“aaaa..macam ni..esok saya sama sepuluh orang supervisor ada meeting..pagi dalam pukul 10 itu macam..nanti U hantar itu breakfast dekat bilik meeting tau..”
“besok pukul 10..?”
“ya pukul 10..”
“AAAAAAAAAARGHHHH…!!! TOLONG..!!”

Tiba-tiba kedengaran suara Along terpekik terlolong macam orang di sampuk iblis.. Tersentap Atan dan Encik Vincent daripada perbualan mereka.. Atan terus menoleh kearah suara itu.. Diikuti oleh Encik Vincent dibelakangnya.. Mereka berdua berlari menuju ke tempat kejadian.. Along sedang berlari menuju kearah kantin dalam keadaan yang sangat panik dan menakutkan..


Atan mendapatkan Along dan bertanya mengapa dia menjerit.. Ada nampak apa-apa ke..? maklum sahaja lah pemikiran orang melayu.. kalau terjadinya perkara sebegini pasti dan pasti perkara paling utama dalam pemikiran ialah tahyul..Tercungap-cungap Along memeluk Atan..Encik Vincent pun sama panik..

Tak sampai sepuluh saat selepas itu, mereka bertiga terkesima melihat puluhan tebuan berterbangan diudara.. Tebuan itu menuju kearah mereka.. Encik Vincent lah orang yang pertama sekali mengorak seribu langkah meninggalkan Atan dan Along yang masih berdiri di situ.. Encik Vincent berlari menuju ke dalam kantin untuk menyelamatkan diri.. dari belakang Atan dan Along turut mengikut trek larian Encik Vincent itu kerana mereka buntu tak tahu hendak pergi kemana lagi..

Dalam keadaan yang mencemaskan itu, mereka hanya mampu mengambil senjata masing-masing untuk menyelamatkan diri.. Atan mengibas-ngibas apron yang tersangkut di atas kerusi tempat kaunter pembayaran, Along pula menggelupur atas lantai kesakitan yang teramat sangat.. Encik Vincent sempat menyambar penyembur serangga ritsect dan seolah-olah wira yang menyelamatkan keadaan yang pada masa itu memang tidak terkawal..

VROOMMMM…bunyi kereta saga lama abang Din parking di perkarangan kantin.. abang Din sampai tepat pada masanya..

“YA ALLAH..!!! ANAK AKU…!!!!”

Abang Din yang bersenjatakan sayur-sayuran yang dibelinya di pasar tadi terus mendapatkan Along dan cuba menghalau tebuan-tebuan itu..habis bertaburan segala macam sayur baik kangkung mahupun taugeh..


Seminit selepas itu, tebuan mula berkurangan..Atan, Encik Vincent, Along dan juga Abang Din dikejarkan ke hospital untuk rawatan rapi..nasib baik Remi tak apa-apa..semasa kejadian tu, Remi pergi ke tandas..




“eh..?? kenapa jadi macam ni..?? mana semua orang ni..??”, Tanya Remi seorang diri..



---------------------------------------------------------------------------------

Friday, September 21, 2012

optikal kekaca


Yang Pecah Tiada Pengganti

Hikayat Malim Sangkorowo - Pemuzik Jalanan


setelah selesai menghabiskan roti krim 50 sen itu, aku bingkas bangun dari tempat dudukku dan beralih ke sebuah pusat membeli belah terkemuka SOGO untuk meneruskan kerjaya seniku ini.. antara lagu yang aku dendangkan disana ialah

M-Nasir - Keroncong Untuk Ana
Jamal Abdillah - Kekasih Awal dan Akhir
Search - Gadisku
Sweet Charity - Batu
Scorpion - You and I

aku harap disana rezekiku lebih banyak berbanding dengan tempat sebelumnya.. aku berjalan menuju kesana mengendong guitar kapok tua yang bertampal pelbagai sticker band kegemaranku.. mata-mata liar sentiasa memerhatikan pergerakan anak seni liar sepertiku..biarlah mereka..hanya aku sahaja yang mengerti apa yang aku rasa..apa yang aku juangkan...

"Benarkah tiada bagiku
Ruang di hatimu untukku bertapak
Walaupun sejengkal jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang pintumu"

sambil mataku memerhatikan geligat rakyat kota berpusu-pusu berjalan dihadapanku..tak siapa pun yang menyinggah mendengar persembahanku yang tidak seberapa ini..aku teruskan memetik dan menyanyi...



"Kemana....
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan bersama"

aku tarik nafas panjang sebelum mulakan rangkap yang seterusnya...menelan air liur dan kubunyikan rangkap itu..

"Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja"

"ana....ana......
ana....ana.."

pada ketika ini datang seorang budak kecil..umur lingkungan dalam 10 tahun macam tu..berdiri didepanku seorang diri..merenung tajam ke muka ku yang pada masa itu sedang mengamati setiap bibit-bibit rangkap yang aku ungkapkan..bagi aku lagu ini begitu berat untuk dinyanyikan..kerana perlu dicampurkan dengan emosi dan cinta..baru lah kelibat ana itu sendiri muncul entah mana datangnya aku pun tak pasti..

budak itu terus disitu..entah mana pergi mak bapak budak ni..tapi tak apalah..ada jugak orang menemani aku..aku senyum pada budak itu..dia masih melopong melihat aku..mungkin dia kagum melihat orang bermain gitar..maklum sahajalah budak kecil..
sekali sekala aku menjeling kearah kain yang ku bentangkan dilantai..belum berisi apa-apa lagi.."Ya, Allah..limpahkanlah aku rezeki mu tuhan..."bisikku didalam hati.. aku tahu tuhan tidak pernah terlepas memandangku..dia selalu ada.. tidak kira dikala susah ataupun senang..


KELENTINGGG..!! jatuh sekeping 50sen di atas kain itu..dilemparkan oleh seorang lelaki memakai suit kemeja kemas berwarna biru cair..rupanya dia memerhatikan ku dari tadi..cuma dia berdiri agak jauh sedikit daripada tempat aku menyanyi..aku tersenyum dan menundukkan sedikit kepala tanda terima kasih sambil memulakan lagu yang seterusnya iaitu Jamal Abdillah - Kekasih Awal dan Akhir..

---------------------------------------------------------------------------------

6:17 PM. 21/9/2012



sewaktu aku perform di satu gig di Kuala Lumpur.
tak tahu lah tempat ni ada lagi atau dah takde..

Thursday, September 20, 2012

Hikayat Malim Sangkorowo - onset of the saga



aku masih teringat..pada masa itu tidak banyak perbezaan dengan zaman sekarang..remaja muda mudi begitu gilakan muzik sehinggakan mereka menjadi pengaruh muzik mereka sebagai lifestyle seharian..ada yang skinhead, punk, hardcore dan juga grunge.. pada mereka hidup ini terlalu singkat untuk tidak melakukan apa yang mereka inginkan..mereka memperjuangkan satu kebebasan..kebebasan jiwa..jiwa mereka berwarna-warni...seperti muzik yang mereka gemari..

aku biarkan sahaja mereka..kerana dulu aku juga begitu..aku Malim..jejaka kampung yang mempunyai impian yang tinggi...bagi aku, hidup aku bergantung pada 4 tali..tali yang pertama tali kehidupan..tali yang amat keras dan tebal..sukar hendak diputuskan tapi aku tahu..apabila tali itu diselaputi karat..ia akan putus akhirnya..tali yang kedua ialah tali takdir..aku percaya takdir kita telah tertulis..jodoh,ajal,maut semuanya sekali..dalam aku berserah pada takdir,adakalanya aku perlu juga menukar nasibku ini..kerana tiada siapa yang dapat menukar nasibku ini melainkan diri aku sendiri..tali yang ketiga ialah tali kemahuan..setiap orang pasti ada memasang kemahuan dan impian..begitu juga aku..percayalah suatu hari nanti..akan ku kecapi jua apa yang aku mahukan..dan tali yang terakhir..tali mati...tali paling halus dan entah bila akan terputus aku pun tak tahu..itulah erti kehidupan bagi aku..bagi seorang pemuda yang bersenjatakan gitar bass sebagai serangannya..

aku tinggal di sebuah rumah kedai..tingkat yang paling atas sekali..tingkat 3..aku sewa rumah kedai tu sebulan RM400..agak murah sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan harga rumah sewa yang lain..rata-ratanya semua dalam lingkungan RM800 dan keatas..pemilik asal rumah kedai ni ialah seorang perempuan..Kak Leha Slimming Cream..nama tu memang terkenal dekat area aku tinggal nih..Dulu Kak leha jadikan rumah sewa ni stokis untuk produk pelansingan badan yang dibuatnya sendiri..akibat kegawatan ekonomi..dia terpaksa menyewakan premisnya itu dan menjalankan perniagaannya dirumah sahaja.."engko jangan serak-serakkan sangat tempat ni..akak takut nanti ada orang komplen..jadi hujung minggu tu,bawak-bawak lah mengemas sikit..buang sampah apa-apa yang patut"pesan Kak Leha setiap kali hujung bulan mengutip duit sewa...

------------------------------------------------------------------------

Hidup dalam kesibukan kota raya metropolitan memerlukan kecekalan dan kekuatan mental..lebih-lebih lagi sebagai seorang penganggur terhormat seperti aku ini..aku bergantung 100% memperjuangkan seni yang bagi aku terlalu abstrak untuk diluahkan dengan kata-kata..bagi mereka diluar sana, hidup seperti aku ibarat kutu..hanya layak berada dikaki lima dan memetik beberapa chord ringkas sambil menyanyikan lagu cinta tak kesampaian..menanti hadirnya mamat-mamat kaki lima yang putus cinta melemparkan beberapa keping duit syiling atas kain yang aku bentang di lantai itu..aku tersenyum lalu bersemangat untuk teruskan menyanyi beberapa buah lagu lagi..

bagi mereka pekerjaan aku ini hina..atas sedikit sahaja darjatnya daripada peminta sedekah..namun, bagi aku..inilah sebenar-benarnya kehidupan..hidup dalam alam realiti..dimana setiap hari aku akan berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia..ada yang hidungnya Masya-Allah tinggi hingga mencecah ke awan biru..ada juga yang menunduk ibarat padi..namun rata-ratanya semua memikirkan tentang masa depan untuk mengharungi cabaran dikota besar ini..bagi aku, aku gembira begini..biarkan sahaja mereka..aku tahu apa yang aku buat..dan inilah aku..

setelah pelbagai lagu luahan hati telah kusampaikan..aku berehat sebentar di pondok bas berhampiran sambil mengira wang yang ada didalam kain..semua sekali hampir RM10..aku mengucapkan syukur atas kurniaan rezeki ini..aku keluarkan telefon di dalam kocek seluar dan melihat kalau-kalau ada orang meninggalkan SMS kepadaku semasa aku menyanyi tadi..ohhh ada 2 SMS..satu daripada Atan, drummer band yang aku sertai dan satu lagi dari Maxis memberi peringatan mengenai promosi pada bulan ini..tidak pernah aku mengendahkan mesej sebegitu..lalu aku delete kan sahaja mesej daripada syarikat komunikasi itu..

"Lim,weekend ni ada practise dekat studio hari tu..jangan lupa training lagu yang aku bagi haritu..hujung bulan ni rumah orang kahwin dekat dewan tertutup..pertengahan bulan battle of the band"pesan Atan drummer kepadaku...
"ok"balasku ringkas..
selang berapa minit kemudian Atan menghantar SMS lagi kepadaku..
"pesan kat budak2 lain sekali tau..jangan lupa.."
"ok"balasku sekali lagi sambil memakan roti krim 50sen yang ku beli di 7Eleven tadi..

Atan memang begitu..dia begitu perihatin mengenai band..bagi dia,separuh daripada hidupnya diserahkan segala komitmen buat band..kadangkala aku rasa bangga dapat bandmate sebegitu kerana masalah utama dalam sesebuah band ialah komitmen..komitmen ni perkara yang paling sukar untuk diselesaikan..yelah aku pun faham semua orang ada kehidupan masing-masing..jadi aku tidak begitu memaksa untuk mereka terlalu fokus pada perkara ini..biarlah mereka..semua dah besar panjang..tapi tidak bagi Atan..dia begitu bersemangat dan suatu hari nanti aku dapat rasakan penat lelah Atan akan berbuahkan hasil..

Nama band aku ialah "Optikal Kekaca" yang dibarisi oleh Man Kerinchi sebagai vokalis, Pejol Farmasi sebagai guitarist utama, Black Mamak sebagai guitarist rhythm, Malim Hensem sebagai bassist..aku lah tu..haha..Atan Drummer sebagai drummer..Man kerinchi nih seorang vokalis yang mempunyai suara yang serak-serak basah ala-ala ramli sarip gitu..atas dasar banyak persamaan antara beliau dengan tokoh seni itu, Man menjadikan ramli sarip sebagai idola..setiap lagu ramli sarip adalah makanannya..beliau akan menyanyikan lagu ramli sarip dengan penuh penghayatan dan emosi sehinggakan penonton-penonton semua berasa musykil sama ada yang menyanyi itu ramli sarip atau pun Man Kerinchi yang bekerja di Pam Minyak sahaja..



FIGURE 1.1 : Ramli Sarip ketika di zaman kegemilangan rock kapak tanah melayu

Black Mamak pulak seorang pemandu lori gas untuk dihantar ke restoran,kedai runcit dan juga rumah-rumah yang kehabisan gas..beliau ni berasal dari Pulau Pinang..memang dibesarkan disana..datang ke Kuala Lumpur pun kerana ingin membantu perniagaan pakciknya sebagai Taukeh Gas di kawasan Lembah Klang dan yang sewaktu dengannya..Black mula bermain gitar sejak dari bangku sekolah lagi..kemahiran bermain gitar beliau amat mengagumkan kerana sound plucking yang dihasilkan beliau iras-iras bunyi lagu dalam radio..walau bagaimanapun..kemahiran solo lead agak sedikit terkucil dan tugas itu diberikan pada Pejol Farmasi..Pejol ni diantara ahli yang paling muda sekali..umurnya baru menjangkau 20 tahun..pada awalnya beliau ialah seorang pelajar yang belajar di kolej swasta di ibu kota..atas desakan dan kesempitan hidup,beliau terpaksa menamatkan pengajian dan bekerja sebagai pembantu di sebuah farmasi berdekatan dengan tempat tinggalnya..minat beliau terhadap gitar memang begitu mendalam..beliau sering kali ke cyber cafe melayari laman youtube untuk mempelajari ilmu baru mengenai guitar..

Atan pula yang paling tua dalam band kami..umur beliau kalau tak silap dalam lingkungan 25 atau 26 tahun..aku pun tak pasti..Atan bekerja sebagai tukang buat air di kantin kilang membuat kabel elektrik..beliau seorang yang berwawasan mempunyai semangat juang dan orang yang paling perihatin pada band Optikal Kekaca ini..nama Optikal Kekaca ni pun dia yang bagi..dia kata nama tu akan bagi tuah pada kita semua..puas aku bertanya apa maksud sebenar nama itu..tapi sampai sekarang kami tidak dapat mencari maksudnya..

Wednesday, September 19, 2012

pabila cinta dan hati kini bersatu


hikayat malim sangkorowo

Lagenda dan mitos sudah menjadi sebahagian daripada kepercayaan melayu.walaubagaimanapun, bukan sahaja bangsa melayu sahaja yang mempunyai kisah lagenda dan mitos malahan bangsa lain juga turut mempunyai kisah-kisah mereka sendiri seperti bangsa cina, india dan juga cina-india..sejak dahulu kala lagi kita seringkali mengaitkan sesuatu dengan kisah-kisah lagenda dan mitos untuk dijadikan nasihat pedoman agar manusia tidak tersasar dari landasan fitrah sebenar kejadian untuk menjadi seorang hamba yang taat pada pencipta-Nya.

Antara lagenda yang terkenal dikalangan orang melayu ialah seperti hikayat merong mahawangsa, puteri gunung ledang, si tanggang dan banyak lagi..sebut sahaja puteri gunung ledang,seorang puteri yang terkenal dengan hantaran perkahwinan yang tidak masuk akal..hati nyamuk,air mata rakyat dan banyak lagi..secara logiknya, apa sebenarnya mesej yang ingin disampaikan oleh sang puteri itu kepada masyarakat..?pernahkah kita terfikir dari sudut yang berbeza..?pernahkah kita menyelami hati sang puteri itu..?

Untuk kali ini, saya bukanlah nak bercerita tentang puteri gunung ledang mahupun si tanggang..saya ingin berkongsi cerita mengenai HIKAYAT MALIM SANGKOROWO..mungkin ada diantara kita tidak familiar dengan nama itu..hal ini bukanlah kerana malim sangkorowo belum difilemkan KRU atau mendapat pendedah secara meluas diperingkat sekolah mahupun dewan bahasa dan pustaka..malim sangkorowo merupakan seorang wira yang berjuang demi martabat dirinya..


figure 1.0 - gambaran penulis mengenai Malim Sangkorowo

Maka..begitulah serba sedikit teaser mengenai kisah HIKAYAT MALIM SANGKOROWO..nantikan kesinambungan kisahnya yang penuh debaran,kasih sayang,cinta dan air mata....

sekian sahaja...

Wednesday, September 12, 2012

blog download masa kini


entry ni aku tujukan pada blog Putra Movies yang tersangatlah ohhsemm..banyak jugak movie, concert, series dan macam-macam lagi yang boleh kita perolehi kat blog nih..kalau dalam 5, secara jujurnya aku bagi 5 setengah..

semua files dalam blog nih terdiri daripada files mediafire dan jumbofile..tertanya kedua-duanya adalah percuma dan semudah ABC..hanya perlu tekan dan download..tak payah nak register bagai..akhir kata, selamat mendownload...

ni adalah serba sedikit yang aku dapat rembat dari blog nih..terbaikk

Monday, August 6, 2012

apalah badminton tanpa LCW

jika Lin Dan adalah api, LCW airnya..
jika LCW adalah ais krim, Lin Dan cone nya..

kini, apalah badminton tanpa LCW
hero malaya selepas hang tuah



Saturday, August 4, 2012

baju raya yang paling bermakna

kalau budak ni datang salam aku time raya..mungkin aku bagi duit raya RM10

expectation sampai ke bulan

"honey,torres dah bagi makan ke belum..?"
"belum mama.."
"bagi dia makan sekarang..pastu letak kat luar..dah malam dah nih..karang dia berak tepi TV lagi.."

aku ada kucing..nama dia torres..tersangatlah manja..
tak silap aku..kucing tu adik aku yang kutip kucing sebab dia kelaparan dan tiba-tiba menjelma kat dapur sedang menguis-guis tudung saji untuk mengalas perut..bapak aku tak sampai hati, terus membenarkan adik aku bela walaupun sebelum ni ada sejarah hitam membela kucing buat keluarga aku..sejarah hitam kucing kena lenyek dek tayar kereta semasa abang aku sedang sedap mereverse keretanya..

pengaruh kota london di rumah aku memang terlalu kuat..hampir keseluruhan keluarga aku meminati chelsea..sehinggakan apa sahaja yang berlaku dirumah akan dikaitkan dengan kelab ternama kota london itu...seperti..

"honey..tolong belikan mama ajinamoto kat kedai pakcik terry tu..cepat sikit,kejap lagi uncle ramires nak datang beraya"
"kunci kereta mana..?"
"ada kat belakang gate stanford bridge.."

sampai macam tu sekali pengaruh kota london dalam rumah aku..mula-mula memanglah rasa janggal..tapi lama-lama aku semakin berjaya menyesuaikan diri dengan keadaan sebegitu..


sejarah aku mula meminati kelab ini ialah sejak dari bangku sekolah lagi..entah kenapa hampir keseluruhan rakan-rakanku di bandaraya johor bahru sama sepertiku..meminati kelab ternama dari kota london..kalau tak silap aku cerita ini bermula pada tahun 2003..

ada juga rakan-rakanku yang lain meminati kelab lain seperti man utd dan sebagainya..tapi yang uniknya..mereka semua tergolong dalam golongan macha dan semestinya bukan sebangsa denganku..atas dasar pemikiran kolot dan kebudak-budakan(ketika itu),,dapatlah aku membuat kesimpulan bahawa, peminat-peminat kelab lain adalah seperti itu..maaf jika terlalu racist..itu hanya aku yang dulu..aku yang sekarang lebih bersikap terbuka dan menyanjungi kelab-kelab lain..majulah sukan..


2012
melakar satu lagi sejarah buat kelab kota london itu apabila dinobatkan sebagai juara berkembar..yakni Piala FA dan juga Piala Liga Juara-Juara Eropah buat kesekian kalinya..

demam chelsea semakin menjadi-jadi..ramai gadis-gadis muka buku mengaku meminati kelab ini..mereka bersorak atas kejayaan cristiano ronaldo dan juga messi menjaringkan goal untuk chelsea..kelab yang dulu nya suram kini menjadi meriah..peminat datang berduyun-duyun..jersey di downtown semakin laris dijual saban hari..aku tersenyum..jujur dalam hatiku..aku suka perubahan ini..

kini...muka-muka baru semakin membanjiri stanford bridge..seperti Hazard,De Bruyne, Marin, Piazon, Lukaku dan banyak lagi..merekalah penyambung legasi kelab kota london itu..kami sebagai peminat hanya mampu mengharapkan yang terbaik dari anda semua..


kalau daripada gambarajah yang aku lampirkan ini..kita dapat lihat Rowan Atkinson ketika berada di tingkatan 4..


gambarajah diatas menunjukkan pengarang jantung hati intan payung kesuma kalbu..penerjun olimpik negara kita..


AKHIR KATA MAKA BERAKHIRLAH KATA

Tuesday, July 24, 2012

realiti dan fantasi

semua orang tahu realiti tidak seindah fantasi. ya semua orang tahu.

Tuesday, July 3, 2012

terus hidup

kata-kata semangat untuk teruskan hidup dengan ceria tanpa memikirkan segala masalah ialah..
"pergilah mam"


Monday, July 2, 2012

lemon juice ends it all

forget all the problems..
say what you want..
coz i'm hard as steels..

Saturday, June 30, 2012

cerita tentang pagi

asal bangun pagi je sakit perut..
asal sakit perut je bangun pagi..
asal sakit pagi je perut bangun..
asal bangun sakit je pagi perut..

gile eh..?

koi