setelah selesai menghabiskan roti
krim 50 sen itu, aku bingkas bangun dari tempat dudukku dan beralih ke sebuah
pusat membeli belah terkemuka SOGO untuk meneruskan kerjaya seniku ini.. antara
lagu yang aku dendangkan disana ialah
M-Nasir - Keroncong
Untuk Ana
Jamal Abdillah -
Kekasih Awal dan Akhir
Search - Gadisku
Sweet Charity - Batu
Scorpion - You and I
aku harap disana rezekiku lebih
banyak berbanding dengan tempat sebelumnya.. aku berjalan menuju kesana
mengendong guitar kapok tua yang bertampal pelbagai sticker band kegemaranku..
mata-mata liar sentiasa memerhatikan pergerakan anak seni liar
sepertiku..biarlah mereka..hanya aku sahaja yang mengerti apa yang aku
rasa..apa yang aku juangkan...
"Benarkah tiada
bagiku
Ruang di hatimu
untukku bertapak
Walaupun sejengkal
jari
Agar dapat ku berdiri
Di ambang
pintumu"
sambil mataku memerhatikan
geligat rakyat kota berpusu-pusu berjalan dihadapanku..tak siapa pun yang
menyinggah mendengar persembahanku yang tidak seberapa ini..aku teruskan
memetik dan menyanyi...
"Kemana....
Hilangnya keroncong
Oh! cinta yang kita
Nyanyikan
bersama"
aku tarik nafas panjang sebelum
mulakan rangkap yang seterusnya...menelan air liur dan kubunyikan rangkap itu..
"Ataupun
Aku yang bersalah
Hanya menepuk tangan
Sebelah saja"
"ana....ana......
ana....ana.."
pada ketika ini datang seorang
budak kecil..umur lingkungan dalam 10 tahun macam tu..berdiri didepanku seorang
diri..merenung tajam ke muka ku yang pada masa itu sedang mengamati setiap
bibit-bibit rangkap yang aku ungkapkan..bagi aku lagu ini begitu berat untuk
dinyanyikan..kerana perlu dicampurkan dengan emosi dan cinta..baru lah kelibat
ana itu sendiri muncul entah mana datangnya aku pun tak pasti..
budak itu terus disitu..entah
mana pergi mak bapak budak ni..tapi tak apalah..ada jugak orang menemani
aku..aku senyum pada budak itu..dia masih melopong melihat aku..mungkin dia
kagum melihat orang bermain gitar..maklum sahajalah budak kecil..
sekali sekala aku menjeling
kearah kain yang ku bentangkan dilantai..belum berisi apa-apa lagi.."Ya,
Allah..limpahkanlah aku rezeki mu tuhan..."bisikku didalam hati.. aku tahu
tuhan tidak pernah terlepas memandangku..dia selalu ada.. tidak kira dikala
susah ataupun senang..
KELENTINGGG..!! jatuh sekeping
50sen di atas kain itu..dilemparkan oleh seorang lelaki memakai suit kemeja
kemas berwarna biru cair..rupanya dia memerhatikan ku dari tadi..cuma dia
berdiri agak jauh sedikit daripada tempat aku menyanyi..aku tersenyum dan
menundukkan sedikit kepala tanda terima kasih sambil memulakan lagu yang
seterusnya iaitu Jamal Abdillah - Kekasih Awal dan Akhir..
---------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment