Kilang membuat kabel elektrik ini
tidak akan sunyi jikalau Atan ada disitu..sudah menjadi satu tugasnya untuk
menegur dan bergurau senda dengan pekerja-pekerja disana tidak kira bangla,
Nepal mahupun Vietnam..Atan memang terkenal dengan sikap peramahnya..ada saja
topik hendak disembangkan dari topik sukan ke topik semasa hinggalah masuk ke topik
yang entah apa-apa..
Taukeh kantin itu ialah Abang Din
Sarjan.. dia ni pesara tentera.. masa bertugas dulu takde pun pergi masuk hutan
angkat M-16.. dia hanya bertugas di dapur sahaja.. askar bahagian tukang masak
lah katakan.. tapi….dia punye tegas mengalahkan komando kalau bab-bab memasak
nih..jangan ada silap dimata dia..kalau korang tak nak disembur dengan
kata-kata pedih yang keluar tanpa diduga dari mulut seorang lelaki yang dah
separuh abad ni.. walau bagaimanapun, dia ni jenis yang mulut agak lancang,
tetapi hatinya sangat baik..
Kebiasaannya, Atan akan mengular
di tempat letak basikal bersebelahan dengan kantin kilang itu.. itu pun kalau
betul-betul dah takde kerja nak dibuat.. kerja Atan bukanlah susah mana pun kerana
pekerja di kilang itu biasanya hanya minum air kotak dan air tin sahaja.. Cuma
kadang-kadang Encik Vincent, pengurus kilang itu meminta Atan menghantarkan
kopi ke pejabatnya..
Atan duduk diatas basikal sambil
membakar sebatang rokok..dia keluarkan telefon bimbit dari kocek seluar jeans
yang dipakainya itu.. tiada mesej yang masuk.. Atan membuka folder mp3 di
telefonnya dan memainkan sebuah lagu sambil menghisap rokok.. Sekepul demi
sekepul asap keluar dari mulut Atan.. Kepalanya terhangguk-hangguk melayan lagu
Metallica yang bertajuk Master of Pupppet..dia memang meminati band Metallica
sejak dari bangku sekolah lagi..hampir kesemua lagu Metallica sudah
dihafalnya..
Jauh dari pandangannya, kelihatan
anak-anak abang Din sedang bermain di halaman kantin.. entah mana pergi bapak
budak ni.. isteri abang Din memang agak sibuk sedikit.. maklum sahajalah, ahli
perniagaan..isteri abang Din berniaga tudung, baju kurung dan pelbagai aksesori
wanita.. Oleh sebab itu, abang Din kerap membawa anak-anaknya ke kantin..jadi
tak lah dia risau sangat kemana perginya anaknya itu..
Anak abang Din ada dua orang..Along
dengan Remi.. Along ni nakal sikit.. panjat sana panjat sini.. mungkin bapak
dia dulu pun macam ni jugak agaknya.. si Remi ni pulak pasif sedikit.. asyik
duduk di kaunter dan makan kerepek ubi yang ditinggalkan Mak Esah untuk dijual
dekat kantin itu.. Rasa aku separuh daripada keuntungan Mak Esah datangnya dari
si budak Remi ni lah.. lepas sebungkus, dia bukak lagi sebungkus.. biarkan
jelah, bapak dia kan boss besar kantin ni..
Sedar tak sedar dah hampir nak ke
puntung dah rokok yang Atan hisap.. sibuk sangat melihat telatah budak berdua
ni sampai tak sedar masa berlalu terlalu pantas.. Atan bingkas bangun dari
tempat duduk basikal dan berjalan menuju ke kantin.. lagu Metallica masih lagi
berkumandang.. sengaja dia tak mahu matikan..
“Atan..”
“ya, Encik Vincent..ada nak minum
apa-apa ke..?”
“tak..saya bukan mahu
minum..Abang Din mana..?mahu jumpa dia sekejap la..”
“ouhh abang Din..kalau tak silap
saya, dia keluar kejap pergi pasar beli barang-barang basah..kenapa..? ada
apa-apa ke encik Vincent..?”
“aaaa..macam ni..esok saya sama
sepuluh orang supervisor ada meeting..pagi dalam pukul 10 itu macam..nanti U
hantar itu breakfast dekat bilik meeting tau..”
“besok pukul 10..?”
“ya pukul 10..”
“AAAAAAAAAARGHHHH…!!! TOLONG..!!”
Tiba-tiba kedengaran suara Along
terpekik terlolong macam orang di sampuk iblis.. Tersentap Atan dan Encik
Vincent daripada perbualan mereka.. Atan terus menoleh kearah suara itu..
Diikuti oleh Encik Vincent dibelakangnya.. Mereka berdua berlari menuju ke
tempat kejadian.. Along sedang berlari menuju kearah kantin dalam keadaan yang
sangat panik dan menakutkan..
Atan mendapatkan Along dan
bertanya mengapa dia menjerit.. Ada nampak apa-apa ke..? maklum sahaja lah
pemikiran orang melayu.. kalau terjadinya perkara sebegini pasti dan pasti
perkara paling utama dalam pemikiran ialah tahyul..Tercungap-cungap Along
memeluk Atan..Encik Vincent pun sama panik..
Tak sampai sepuluh saat selepas
itu, mereka bertiga terkesima melihat puluhan tebuan berterbangan diudara..
Tebuan itu menuju kearah mereka.. Encik Vincent lah orang yang pertama sekali
mengorak seribu langkah meninggalkan Atan dan Along yang masih berdiri di
situ.. Encik Vincent berlari menuju ke dalam kantin untuk menyelamatkan diri..
dari belakang Atan dan Along turut mengikut trek larian Encik Vincent itu
kerana mereka buntu tak tahu hendak pergi kemana lagi..
Dalam keadaan yang mencemaskan
itu, mereka hanya mampu mengambil senjata masing-masing untuk menyelamatkan
diri.. Atan mengibas-ngibas apron yang tersangkut di atas kerusi tempat kaunter
pembayaran, Along pula menggelupur atas lantai kesakitan yang teramat sangat..
Encik Vincent sempat menyambar penyembur serangga ritsect dan seolah-olah wira
yang menyelamatkan keadaan yang pada masa itu memang tidak terkawal..
VROOMMMM…bunyi kereta saga lama
abang Din parking di perkarangan kantin.. abang Din sampai tepat pada masanya..
“YA ALLAH..!!! ANAK AKU…!!!!”
Abang Din yang bersenjatakan
sayur-sayuran yang dibelinya di pasar tadi terus mendapatkan Along dan cuba
menghalau tebuan-tebuan itu..habis bertaburan segala macam sayur baik kangkung
mahupun taugeh..
Seminit selepas itu, tebuan mula
berkurangan..Atan, Encik Vincent, Along dan juga Abang Din dikejarkan ke
hospital untuk rawatan rapi..nasib baik Remi tak apa-apa..semasa kejadian tu,
Remi pergi ke tandas..
“eh..?? kenapa jadi macam ni..??
mana semua orang ni..??”, Tanya Remi seorang diri..
---------------------------------------------------------------------------------
No comments:
Post a Comment