aku masih teringat..pada masa itu
tidak banyak perbezaan dengan zaman sekarang..remaja muda mudi begitu gilakan
muzik sehinggakan mereka menjadi pengaruh muzik mereka sebagai lifestyle
seharian..ada yang skinhead, punk, hardcore dan juga grunge.. pada mereka hidup
ini terlalu singkat untuk tidak melakukan apa yang mereka inginkan..mereka
memperjuangkan satu kebebasan..kebebasan jiwa..jiwa mereka
berwarna-warni...seperti muzik yang mereka gemari..
aku biarkan sahaja mereka..kerana
dulu aku juga begitu..aku Malim..jejaka kampung yang mempunyai impian yang
tinggi...bagi aku, hidup aku bergantung pada 4 tali..tali yang pertama tali
kehidupan..tali yang amat keras dan tebal..sukar hendak diputuskan tapi aku
tahu..apabila tali itu diselaputi karat..ia akan putus akhirnya..tali yang
kedua ialah tali takdir..aku percaya takdir kita telah
tertulis..jodoh,ajal,maut semuanya sekali..dalam aku berserah pada
takdir,adakalanya aku perlu juga menukar nasibku ini..kerana tiada siapa yang
dapat menukar nasibku ini melainkan diri aku sendiri..tali yang ketiga ialah
tali kemahuan..setiap orang pasti ada memasang kemahuan dan impian..begitu juga
aku..percayalah suatu hari nanti..akan ku kecapi jua apa yang aku mahukan..dan
tali yang terakhir..tali mati...tali paling halus dan entah bila akan terputus
aku pun tak tahu..itulah erti kehidupan bagi aku..bagi seorang pemuda yang
bersenjatakan gitar bass sebagai serangannya..
aku tinggal di sebuah rumah
kedai..tingkat yang paling atas sekali..tingkat 3..aku sewa rumah kedai tu
sebulan RM400..agak murah sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan harga rumah
sewa yang lain..rata-ratanya semua dalam lingkungan RM800 dan keatas..pemilik
asal rumah kedai ni ialah seorang perempuan..Kak Leha Slimming Cream..nama tu
memang terkenal dekat area aku tinggal nih..Dulu Kak leha jadikan rumah sewa ni
stokis untuk produk pelansingan badan yang dibuatnya sendiri..akibat kegawatan
ekonomi..dia terpaksa menyewakan premisnya itu dan menjalankan perniagaannya
dirumah sahaja.."engko jangan serak-serakkan sangat tempat ni..akak takut
nanti ada orang komplen..jadi hujung minggu tu,bawak-bawak lah mengemas
sikit..buang sampah apa-apa yang patut"pesan Kak Leha setiap kali hujung
bulan mengutip duit sewa...
------------------------------------------------------------------------
Hidup dalam kesibukan kota raya
metropolitan memerlukan kecekalan dan kekuatan mental..lebih-lebih lagi sebagai
seorang penganggur terhormat seperti aku ini..aku bergantung 100% memperjuangkan
seni yang bagi aku terlalu abstrak untuk diluahkan dengan kata-kata..bagi
mereka diluar sana, hidup seperti aku ibarat kutu..hanya layak berada dikaki
lima dan memetik beberapa chord ringkas sambil menyanyikan lagu cinta tak
kesampaian..menanti hadirnya mamat-mamat kaki lima yang putus cinta melemparkan
beberapa keping duit syiling atas kain yang aku bentang di lantai itu..aku
tersenyum lalu bersemangat untuk teruskan menyanyi beberapa buah lagu lagi..
bagi mereka pekerjaan aku ini
hina..atas sedikit sahaja darjatnya daripada peminta sedekah..namun, bagi
aku..inilah sebenar-benarnya kehidupan..hidup dalam alam realiti..dimana setiap
hari aku akan berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia..ada yang hidungnya
Masya-Allah tinggi hingga mencecah ke awan biru..ada juga yang menunduk ibarat
padi..namun rata-ratanya semua memikirkan tentang masa depan untuk mengharungi
cabaran dikota besar ini..bagi aku, aku gembira begini..biarkan sahaja
mereka..aku tahu apa yang aku buat..dan inilah aku..
setelah pelbagai lagu luahan hati
telah kusampaikan..aku berehat sebentar di pondok bas berhampiran sambil
mengira wang yang ada didalam kain..semua sekali hampir RM10..aku mengucapkan
syukur atas kurniaan rezeki ini..aku keluarkan telefon di dalam kocek seluar dan
melihat kalau-kalau ada orang meninggalkan SMS kepadaku semasa aku menyanyi
tadi..ohhh ada 2 SMS..satu daripada Atan, drummer band yang aku sertai dan satu
lagi dari Maxis memberi peringatan mengenai promosi pada bulan ini..tidak
pernah aku mengendahkan mesej sebegitu..lalu aku delete kan sahaja mesej
daripada syarikat komunikasi itu..
"Lim,weekend ni ada practise
dekat studio hari tu..jangan lupa training lagu yang aku bagi haritu..hujung
bulan ni rumah orang kahwin dekat dewan tertutup..pertengahan bulan battle of
the band"pesan Atan drummer kepadaku...
"ok"balasku ringkas..
selang berapa minit kemudian Atan
menghantar SMS lagi kepadaku..
"pesan kat budak2 lain
sekali tau..jangan lupa.."
"ok"balasku sekali lagi
sambil memakan roti krim 50sen yang ku beli di 7Eleven tadi..
Atan memang begitu..dia begitu
perihatin mengenai band..bagi dia,separuh daripada hidupnya diserahkan segala
komitmen buat band..kadangkala aku rasa bangga dapat bandmate sebegitu kerana
masalah utama dalam sesebuah band ialah komitmen..komitmen ni perkara yang
paling sukar untuk diselesaikan..yelah aku pun faham semua orang ada kehidupan
masing-masing..jadi aku tidak begitu memaksa untuk mereka terlalu fokus pada
perkara ini..biarlah mereka..semua dah besar panjang..tapi tidak bagi Atan..dia
begitu bersemangat dan suatu hari nanti aku dapat rasakan penat lelah Atan akan
berbuahkan hasil..
Nama band aku ialah "Optikal
Kekaca" yang dibarisi oleh Man Kerinchi sebagai vokalis, Pejol Farmasi
sebagai guitarist utama, Black Mamak sebagai guitarist rhythm, Malim Hensem
sebagai bassist..aku lah tu..haha..Atan Drummer sebagai drummer..Man kerinchi
nih seorang vokalis yang mempunyai suara yang serak-serak basah ala-ala ramli
sarip gitu..atas dasar banyak persamaan antara beliau dengan tokoh seni itu,
Man menjadikan ramli sarip sebagai idola..setiap lagu ramli sarip adalah
makanannya..beliau akan menyanyikan lagu ramli sarip dengan penuh penghayatan
dan emosi sehinggakan penonton-penonton semua berasa musykil sama ada yang
menyanyi itu ramli sarip atau pun Man Kerinchi yang bekerja di Pam Minyak
sahaja..
FIGURE 1.1 : Ramli
Sarip ketika di zaman kegemilangan rock kapak tanah melayu
Black Mamak pulak seorang pemandu
lori gas untuk dihantar ke restoran,kedai runcit dan juga rumah-rumah yang
kehabisan gas..beliau ni berasal dari Pulau Pinang..memang dibesarkan
disana..datang ke Kuala Lumpur pun kerana ingin membantu perniagaan pakciknya
sebagai Taukeh Gas di kawasan Lembah Klang dan yang sewaktu dengannya..Black
mula bermain gitar sejak dari bangku sekolah lagi..kemahiran bermain gitar
beliau amat mengagumkan kerana sound plucking yang dihasilkan beliau iras-iras
bunyi lagu dalam radio..walau bagaimanapun..kemahiran solo lead agak sedikit
terkucil dan tugas itu diberikan pada Pejol Farmasi..Pejol ni diantara ahli
yang paling muda sekali..umurnya baru menjangkau 20 tahun..pada awalnya beliau
ialah seorang pelajar yang belajar di kolej swasta di ibu kota..atas desakan
dan kesempitan hidup,beliau terpaksa menamatkan pengajian dan bekerja sebagai
pembantu di sebuah farmasi berdekatan dengan tempat tinggalnya..minat beliau
terhadap gitar memang begitu mendalam..beliau sering kali ke cyber cafe
melayari laman youtube untuk mempelajari ilmu baru mengenai guitar..
Atan pula yang paling tua dalam
band kami..umur beliau kalau tak silap dalam lingkungan 25 atau 26 tahun..aku
pun tak pasti..Atan bekerja sebagai tukang buat air di kantin kilang membuat
kabel elektrik..beliau seorang yang berwawasan mempunyai semangat juang dan
orang yang paling perihatin pada band Optikal Kekaca ini..nama Optikal Kekaca
ni pun dia yang bagi..dia kata nama tu akan bagi tuah pada kita semua..puas aku
bertanya apa maksud sebenar nama itu..tapi sampai sekarang kami tidak dapat
mencari maksudnya..
No comments:
Post a Comment