JILID SATU
suatu masa dahulu...masa yg sangat dahulu...agaknye pada mase itu kuih bahulu pon belum lg di ilhamkan... bayangkan betapa dahulu nye mase itu...dan pade ketika itu laaa cerita ini bermula...
disebuah perkampungan lereng2 bukit...tinggal laa seorang pahlawan yg masih menuntut di sekolah seni mempertahankan diri jauh di kesibukan ibu kota...sekolah tu terletak di puncak gunung yg paling tertinggi di antara semua gunung2 yg ade di situ...pahlawan yg saya maksud kn tersebut ialah BIO...(bukan nama sebenar)
BIO ialah anak murid kepada mahaguru ATOK yg masih menuntut ilmu mengenai muay thai dan menyimpan impian utk membela nasib rakyat yg ditindas...pada ketika itu, kerajaan sangat kejam...mereka sering kali menindas nasib rakyat seperti memecah rumah, mencuri buah2an di kebun dan juga mengganggu anak gadis pulang dari kerja...
mahaguru ATOK sangat menyayangi BIO kerana BIO adalah top student yg pernah die ade buat mase sekarang ini...BIO dan mahaguru ATOK akan ke puncak gunung untuk berlatih muay thai secara personal...begitulah kasih sayang seorang guru kepada anak murid nye...
BIO juga seorang pelajar yg pintar di dalam kelasnye...beliau sering mendapat keputusan yg cemerlang...setiap kali kerja rumah yg dibuat oleh BIO, pasti die akan dapat atleast 3 bintang sebagai penghargaan untuk tulisan nye yg kemas dan comel...nak di jadikan cerita..BIO mempunyai 2 orang rakan sekelasnye, iaitu ATIP dan ZUL...mereka selalu makan bersama di kantin ketika waktu rehat...
selain daripada ATIP dan ZUL...BIO juga mempunyai seorang lg kawan yg bername ERY..nak di jadikan cerita..ERY tidak sekelas dengan BIO kerana terpaksa repeat subject muay thai 2..beliau sekarang perlu lulus subject muay thai 1..disebabkan hal itu jugalahhh ERY dan BIO jarang bertemu kecuali waktu rehat...
-------------------------------------------------------------------------------------------------
JILID DUA
pada suatu hari, BIO nekad untuk awal ke sekolah... die ingin membantu guru2 nye mengemas bilik guru sebelum waktu pembelajaran bermula...
setibanya BIO di bilik guru..BIO lihat pintu bilik mahaguru ATOK terbuka..dan ada 2 orang yg berpakaian formal di dalam nye... mereka seperti sedang membincangkan sesuatu yg sangat penting..daripada mimik muke mahaguru ATOK...terpancar wajah2 serius dan sekali sekala kedut-kedutan orang tua ini kelihatan begitu ketara...
BIO melangkah kehadapan setapak demi setapak..untuk mendengar ape yg dibincangkan oleh mereka...alangkah terkejutnya...kedua orang yg berpakaian formal itu ialah pegawai kerajaan yg berpakat dengan mahaguru ATOK untuk menaikkan yuran pengajian di sekolah seni mempertahankan diri ATOK the muay thai legend...
BIO tersentap mendengar perbualan itu dan berlari ke tandas berdekatan utk menyembunyi air mata nye yg berlinangan bak air di kali... die sungguh kecewa dengan sikap mahaguru kesayangan nye yg sungguh tamak kan kemewahan...BIO nekad utk menentang sesiapa sahaja yg berurusan dengan pegawai kerajaan itu..utk memartabatkan hak rakyat..hak student dan juga hak nye sebagai student....
p/s:kisah ini adalah kisah benar yg dipetik dari mimpi BIO..nantikan kesinambungan nye...