Tuesday, June 21, 2011

mimpi bio : the fallen of mahaguru atok

bersambung dari siri yg lepas...BIO, telah berikrar di depan tapak perhimpunan utk menuntut bela atas ketidak adilan yg terjadi akibat perjanjian yg dibuat oleh mahaguru ATOK dan juga pegawai kerajaan tempoh hari...BIO nekad untuk meninggalkn sekolah itu, dan akan kembali satu hari nanti sebagai seorang wira yg menentang kejahatan dan kekejaman...sebelum BIO melangkah keluar dari sekolah itu, beliau sempat singgah ke tandas berdekatan untuk membuang air kecil dan membetulkn tali leher nya...oh, lupe nak beritahu..hari ini ialah hari isnin..semua pelajar berpakaian formal...


BIO melangkah laju keluar dari sekolah itu...dengan hasrat dapat mengejar pak cik suleman yg menjual keropok dalam bonet kereta di depan gate sekolah setiap hari selepas waktu persekolahan..beliau sempat membeli super ring dan tora aman yg sentiasa kehabisan stok akibat sambutan daripada pelanggan yg tidak pernah putus... dengan berbekal kn makanan itu, BIO pulang ke rumah dan merangka strategi untuk menyerang sekolah nya yg kini di anggap musuh ketat seketat ketatnye...

pasti anda tertanya2...apakah strategi yg di rangka oleh BIO untuk melancarkan serangannye itu... untuk mengetahui apakah serangan yg akan dilakukan oleh BIO..semolek2nye..teruskan membaca sampai ke akhir cerita..untuk menimbulkn mood suspen pd pembaca2 yg dihormati lg dikasihi sekalian...

-------------------------------------------------------------------------------------------------

JILID TIGA
serangan seorang wira

KRINGGGGGGG....!!! jam di tangan BIO berbunyi..menandakan waktu sudah masuk pukul 8 pagi...mungkin ade dikalangan pembaca hairan bagaimana jam tangan boleh mengeluarkan bunyi alarm yg kuat setanding bunyi loceng fire drill yg boleh mengejutkn orang koma dari tidur lena nya... BIO bangun dan bersiap... sesudah mandi, BIO bukak almari baju.. BIO termenung 5 minit...

BIO termenung memikirkan nak pakai baju apa untuk aktiviti serang menyerang ke atas sekolah nye itu... dalam almari baju BIO ade 1 jenis baju sahaja..iaitu pakaian rasmi muay thai sebanyak 6 helai.. keenam2 helai itu adalah sama jenis, sama warna, sama harga malah sama tukang jahit... ape yg di fikirkan BIO bukanlah utk pakai baju yg mane satu..namun beliau pening memikirkan sama ade beliau perlu pergi ke kedai baju berdekatan untuk membeli baju lain atau pun tidak... setelah berfikir panjang akhirnya beliau membuat keputusan untuk memakai koleksi baju muay thai nya itu...

maka bermula lah sebuah quest yg sangat advanture yg bertajuk... MISI SERANGAN KE ATAS SEKOLAH SENI PERTAHANKAN DIRI MAHAGURU ATOK...

p/s: bersambung lagi...dah mcm citer hindustan dah ade 3 cd...

No comments:

Post a Comment

koi