Friday, August 27, 2010

PABILA SYAWAL MAKIN HAMPIR

Pabila syawal makin hampir…tapi suasana menyambut Syawal sudah tidak segirang dulu…mungkin kerana faktor usia…mungkin juga kerana faktor ekonomi dan pelbagai faktor lain…

oke…selamat datang wahai Syawal yg mulia…

Setiap kali Syawal…apa yg paling korang xdapat lupakn??Seingat aku…pernah sekali ak sambut hari raya ketika musim durian…mase tu ak dlm lingkungan umur 4 atau 5 tahun…Lepas bedal ketupat…dibilas dengan durian…settle durian,ak mula menjengah2 di ruang tamu…mane r tawu ade pakcik2 ak yg nak bg duet raye ke…kalau xde,ak teruskn upacara membedal lemang plak…lemang kt kampung ak mmg padu…xde tolok tandingan nye…klo korang kate lemang yg jual kt tepi highway tu sedap…mknenye tekak korang ni bergred D…klo owg laen sebatang makan 3 atau 4 owg…tp kt kampung ak..sebatang tu sowg hadap…mmg dah xde ape yg nk dipelikkn…

646825_ketupat beliau ialah 3ketul ketupat yg melayankan…

DI Ruang tamu plak…dipenuhi dengan gelak tawa mak cik2 ak yg xkan stop bercerita…lepas abes 1 topik…tambah lagi 1 topik…abes lg 1 topik….tambah lagi 1 topik…smpai r masing2 dah kepenatan bergossip dan bercerita…kadang2 ak seronok mendengar kisah2 mereka…lawak mmg lawak…biasa laaa..cerita kedai saloon…

Kat beranda depan plak…dipenuhi dengan asap rokok…pak cik2 ak kebiasaan nya melepak kt luar rumah…lepak ramai2 sambil membedal kerepek pisang disusuli dengan asap rokok yg berkepol2…air nescafe bersilih ganti memenuhi meja…namun hasrat untuk menghentikan aktiviti melepak beliau langsung tidak bersurutan…bkn senang nk berkumpul same2 dalam 1 mase…tapi bile dah berjumpe…cerita kedai kopi pown bermula…

Pabila malam menjelma…pak cik ak pown membuka bonet kete beliau dan mengeluarkan beberapa bag plastik hitam(bag plastik sampah) yg sarat dengan mercun dan bunga api…kanak2 seperti ak mmg menantikan saat ini…kami bergembira di halaman rumah bermain bunga api dan mercun…meletup2 memeriahkan suasana malam…kadang kala kedengaran juga suara kaum ibu menjerit memanggil anaknya pulang kerana risau akan keselamatan mereka…tapi pedulik ape…betol x??

Selesai aktiviti malam…separuh daripada keluarga disitu pulang ke rumah masing2…ada juga yg bermalam di kampung…tapi,berdasarkan rekod family aku…belum pernah walaupon sekali kami bermalam di kampung…mungkin ini adalah kerana jarak umah kami dengan kampung tidaklah sejauh mana…so,kami pon pulang kerumah…walaupon penat,kami gembira…I’m tired but happy(stok ending karangan darjah 4)

 

p/s:cmne r keadaan raye kali ni….

No comments:

Post a Comment

koi