Friday, April 16, 2010

Misteri Johor Bahru


Assalamualaikum pembuka bicara..

MISTERI JOHOR BAHRU
Apa yang anda tahu tentang misteri?Alam ghaib..Mistik..dan sebagainya..
adakah sekadar hantu??
Alam Mistik ada di mana-mana. Mungkin di sebelah anda, mahupun berada di DALAM anda..
Pada post kali ini, saya bukanlah hendak menerangkan definisi atau maksud alam mistik tersebut. Tapi, saya ingin menceritakan tentang Misteri Johor Bahru...

KEMAYAN CITY
Kemayan City merupakan satu bangunan shopping complex yang terbengkalai semenjak tahun 1998 lagi. Bangunan tersebut di biarkan kosong tak berpenghuni. Ada yang berangapan, walaupun di luar kelihatan tidak berpenghuni..Namun di dalam nya pelbagai hidupan mistik menjadikan tempat tersebut sebagai tempat berteduh mereka..

KISAH 1:
Membeli Belah di Kemayan City
Menjelang festival Mega Sale di Johor Bahru, ramai pengunjung-pengunjung dari Singapura datang ke Malaysia untuk membeli belah. Terdapat juga pengunjung daripada negeri-negeri berhampiran yang menjadikan Johor Bahru sebagai lokasi percutian mereka. Sebahagian besar daripada mereka tidak selalu datang ke Johor dan tidak mengetahui perihal mengenai Kemayan City. Kemayan City terletak di Skudai dan merupakan salah satu laluan menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan dengan Bandaraya Johor Bahru.

Seringkali terdengar rentetan daripada pengunjung-pengunjung tersebut yang mengatakan pernah melihat lembaga di sekitar kawasan itu. Ada juga yang pernah membeli belah disitu. Penglihatan mereka di kaburkan. Bangunan yang dahulunya usang, kini kelihatan sungguh meriah bagaikan pesta membeli belah besar besaran. Oleh sebab itu, mereka tertipu dan pulang dengan membawa ranting kayu, batu dan daun kering sahaja. Kisah ini memang sudah lama menjadi buah mulut orang tempatan kerana ada sahaja yang tampil mengaku diri mereka adalah mangsa kepada lembaga di Kemayan City.

KISAH:2
Pemandu Teksi Diganggu
Berdekatan dengan kawasan Kemayan City terdapat pelbagai pasaraya lain yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan mahupun luar membeli belah. Oleh kerana itu, ramai pemandu teksi menjadikan kawasan tersebut sebagai lubuk rezeki mereka. Dalam kesedapan mencari rezeki, ada sahaja pemandu teksi yang di ganggu. Mereka mendapat pelanggan yang tidak memberitahu kemana destinasinya. Pelanggan tersebut sekadar menunjukkan arah. Apabila sudah sampai di Kemayan City, pelanggan tersebut meminta pemandu teksi tersebut untuk menurunkan dia di sana. Secara tiba-tiba, pelanggan tersebut hilang dan bertaburan daun-daun kering di atas kerusi sebagai bayaran.


kesimpulannya: Makhluk halus ada di mana-mana, persiapkan diri kita untuk menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan agar tidak terjerumus ke arahnya. Akhir kata, nantikan kisah seterusnya.




2 comments:

koi