Friday, April 16, 2010

Misteri Johor Bahru


Assalamualaikum pembuka bicara..

MISTERI JOHOR BAHRU
Apa yang anda tahu tentang misteri?Alam ghaib..Mistik..dan sebagainya..
adakah sekadar hantu??
Alam Mistik ada di mana-mana. Mungkin di sebelah anda, mahupun berada di DALAM anda..
Pada post kali ini, saya bukanlah hendak menerangkan definisi atau maksud alam mistik tersebut. Tapi, saya ingin menceritakan tentang Misteri Johor Bahru...

KEMAYAN CITY
Kemayan City merupakan satu bangunan shopping complex yang terbengkalai semenjak tahun 1998 lagi. Bangunan tersebut di biarkan kosong tak berpenghuni. Ada yang berangapan, walaupun di luar kelihatan tidak berpenghuni..Namun di dalam nya pelbagai hidupan mistik menjadikan tempat tersebut sebagai tempat berteduh mereka..

KISAH 1:
Membeli Belah di Kemayan City
Menjelang festival Mega Sale di Johor Bahru, ramai pengunjung-pengunjung dari Singapura datang ke Malaysia untuk membeli belah. Terdapat juga pengunjung daripada negeri-negeri berhampiran yang menjadikan Johor Bahru sebagai lokasi percutian mereka. Sebahagian besar daripada mereka tidak selalu datang ke Johor dan tidak mengetahui perihal mengenai Kemayan City. Kemayan City terletak di Skudai dan merupakan salah satu laluan menghubungkan Lebuhraya Utara-Selatan dengan Bandaraya Johor Bahru.

Seringkali terdengar rentetan daripada pengunjung-pengunjung tersebut yang mengatakan pernah melihat lembaga di sekitar kawasan itu. Ada juga yang pernah membeli belah disitu. Penglihatan mereka di kaburkan. Bangunan yang dahulunya usang, kini kelihatan sungguh meriah bagaikan pesta membeli belah besar besaran. Oleh sebab itu, mereka tertipu dan pulang dengan membawa ranting kayu, batu dan daun kering sahaja. Kisah ini memang sudah lama menjadi buah mulut orang tempatan kerana ada sahaja yang tampil mengaku diri mereka adalah mangsa kepada lembaga di Kemayan City.

KISAH:2
Pemandu Teksi Diganggu
Berdekatan dengan kawasan Kemayan City terdapat pelbagai pasaraya lain yang menjadi tumpuan masyarakat tempatan mahupun luar membeli belah. Oleh kerana itu, ramai pemandu teksi menjadikan kawasan tersebut sebagai lubuk rezeki mereka. Dalam kesedapan mencari rezeki, ada sahaja pemandu teksi yang di ganggu. Mereka mendapat pelanggan yang tidak memberitahu kemana destinasinya. Pelanggan tersebut sekadar menunjukkan arah. Apabila sudah sampai di Kemayan City, pelanggan tersebut meminta pemandu teksi tersebut untuk menurunkan dia di sana. Secara tiba-tiba, pelanggan tersebut hilang dan bertaburan daun-daun kering di atas kerusi sebagai bayaran.


kesimpulannya: Makhluk halus ada di mana-mana, persiapkan diri kita untuk menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan agar tidak terjerumus ke arahnya. Akhir kata, nantikan kisah seterusnya.




Sunday, April 4, 2010

nature calling

menurut kamus dewan edisi terhad. Nature Calling ialah seruan alam yg membawa beberapa anak muda yg acapkali dilanda masalah sama ada di dalam dewan peperiksaan mahu pun di alam realiti. Alam realiti xsemestinya indah, begitu juga dengan dewan peperiksaan. Walaupun dewan tersebut dilengkapi dengan prasarana yg agak canggih jikalau dibandingkan dengan 40 tahun dahulu memang banyak berbeza seperti meja, kerusi, penjaga peperiksaan, tiket exam, toilet, air cond.. Air cond di sana mampu membekukan hampir keseluruhan otak calon2 peperiksaan yg sedang bertungkus lumus mencair kan otak mereka yg hampir sama seperti otak udang.. (ape ak merepek ni??)
ini ialah antara gamba2 nature calling tersebut
berdiri dari kiri: rex, nuek, panjang, apam, atip
duduk dari kiri: apis, KA, sake, kecik, eri
tidak kelihatan: atok
gamba ape ni???haaa..bkn..korang slh..bkn toilet..bkn public phone..
tapi....
inilaa die tmpat kitar semula...
kn ak dah cakap..lebih canggih drpd 40 tahun dulu..
dulu pkai tong sampah jewhhh..
skang..amek ko..siap letak no tepon...
nseb bek xckup ruang..klo x,letak gamba owner pown bleh..


nak kenal kn ahli lg ke???xpyh laa..dh knl dh pown kn??kn??
ni gamba kt pintu gerbang sg gabai..hanya gabai warrior jewhh yg berjaya jejakkn kaki kt sini..
dia punyer dugaan..MASYA ALLAH...
lebih terok daripada pergi berguru silat kt dlm gua...
hanya manusia yg tabah, sabar, kacak, dan juga...mcm sy..
jewhhh..
yg bleh jejakkn kaki kt sini..

haaaaa..part ni yg paling best..DRAMA SEEPISOD..jom layan..
"pegang kuat2 ye..kite tgok berape byk bleh wat",kata eri..
"weiii..air msuk parut ak.."kata apis..
"drpd ak melayan korang..bek ak melayan alat penafasan menyelam ak ni..bru r mcm ninja sket"kata aku..
"okeoke..pasni turn spe plak??"kata mereka2 yg bergotong royong menjalankn program..



"oke pam..pegang betol2..jgn lepas..kuat2 siket!!" pesan rakan2 yg membantu..
"yelaaa2!!"apam menjawab
"ehhh??tangan ak ilang"apis mengamatkn suasane..
"oke jang..pasni turn ko jang..pegang apam kuat2 taw."kata rakan2 yg membantu
"oke..xde hal.."panjang menjawab..


"Alamak!!!!"panjang menjerit...
"woi..woi..woi.."apam pown panik..
"ek eleyhhhh amende ko ni.."rakan2 yg membantu pown bersuare...
"kahkahkahkahakahkahkah"aku ketawe dalam hati..




p/s:record yg kitorang berjaya wat ialah 8 orang..xlebih..xkurang..ni adalah salah 1 scene yg xmenjadi..harap jangan contohi



ni lagi 1 bnde best ak nk kasi tawu korang.....haaa..ape bnde ni??cube teke??
inilah die tempat kitar semula yg terbaru.. terhangat di pasaran..
mcm2 bnde bleh kitar blek beb..
cbe tgok ape yg die tulis...
tin,pakaian,patong..huyyoooo..plastic..
electric item pown ade..
mmg terbaek r bnde alah ni..





akhir kata:kalau takot dilambung gabai, jgn berumah di sg congkak..
arghhhhhh!!!sejukkkkkk






























koi