Thursday, March 3, 2011

kalaulah tak pahit


jam menunjukkan pukol 4. maknenye aku sudah terlajak tidur sampai ke petang. haduihh hati kecilku mengeluh. macam mana la pintu rezeki nak buka kalau terus menerus begini. dengan mata yg separuh terbukak,aku menjengah keluar tingkap melihat panorama bumi hijau ciptaan tuhan yg ternyata indah.

ouhh arini ari selase..budak pompuan mandi swimming pool..aku tersengih sambil menghidupkan winston light di bibir.

setapak demi setapak aku melangkah mengorak perjalanan menuju ke dapur dengan harapan terhidangnye rezeki di petang yg suram ini. tapi aku sedar dimana aku berpijak. kehidupan di rumah bujang sangat berbeza dengan kehidupan di rumah sendiri.

aku tekan suis heater utk memanaskan air yg sudah entah berapa kurun ada di dalamnya. 5 minit kemudian,ketekekkk..suis heater terpadam,asap berkepol2 keluar dari muncung mulut heater. aku ceduk sedikit kopi dan sesudu gula. ditambah pula dengan air panas. kacau2 hingga sebati. warna nye hitam. ya, aku tahu hitam. kalaulah warna nya hijau mmg dah lama aku lari bertempiaran. mustahil kopi berwarna hijau.

dengan secawan kopi,aku layan sambil tengok drama berepisod di tv3. setengah jam layan drama satu ape pon tak paham. mana tak nye aku tengok pon dah nak dekat episod yg terakhir. cukuplah sekadar mencuci mata melihat artis melayu berlakon. pelan2 aku hirup kopi yg aku buat tadi.

perghhhh..pahit..!!berkerut dahi menahan pahit..ikutkan hati dah lama aku siramkan kopi tu dari tingkat 9 namun atas dasar perikemanusian, aku kaji dimana silapnye kopi ini. aku renung ke dalam kopi untuk meneliti setiap molekul2 hitam yg masih berpusing akibat di gaul dengan sudu.akhirnya aku dapat 1 jawapan.

ouhhh kurang gula rupenye. aku ingatkan sesudu gula sudah memadai. rupanya tidak. baru aku sedar kenapa terciptanya propaganda yg berbunyi "kurangkan gula dalam minuman,lebihkan manis dalam senyuman". ahh itu semua propaganda pihak kapitalis yg sesuka hati menaikkan harga gula semata-mata mengaburi mata pengguna untuk mengurangkan gula ataupon terpaksa berhabis lebih untuk mendapat apa yg dihajati.

tuptaptuptap..keluar 1 iklan hamid gurkha yg berkaitan dengan kopi di kaca tv.."kalau tak pahit bukanlah kopi namenye"


ye tak ye jugak..

p/s:kenape aku suke guna ayat tuptaptuptap ekhh..??

Tuesday, March 1, 2011

siapa cakap masuk dalam air tak keluar peluh..?


bertomoi dalam air..ni kalau suruh die ong bak kepale korang boleh kembang rambut masing2 macam rambut si penomoi dalam gambar ni...


bile dah ade kat dalam air..ko nak flying kick ke..flying without wing ke..semua boleh...

macam mane laaa tak home run je memanjang kalau dah bola pon berkelajuan 0.30 km/h


bowling dekat shopping complex dah ade...bowling dekat padang dah ade...bowling dekat ps3 pon dah ade..bowling dekat air..??ni haaaa..!!


kalau laa main bola dalam laut...mmg pancit laaa kristano nonoldo..besar kot stadium 1 lautan tu..


kalau laa maria sharapova yg menyelam main dalam air..aku sanggup selam gak..


p/s:ade banyak lagi gambar2 menarik underwater ni...tapi aku dah tapis serba sedikit kerana mengikut piawaian yg ditetapkan..gambar tersebut terlalu dewasa utk di tayangkan...aksi tu pon diorang boleh buat jugak dalam air..??gile...gile...

koi