Sunday, August 29, 2010

HERO or ZERO

oke…berikut ialah 3 carta tertinggi dalam segmen HERO or ZERO didalam blog aku…sekian,sile layan…

3rd place of ZERO

YE MUSIC WACKY & TACKY William Hung,artis keluaran american idol ketika tahun 2009 yg tidak berjaya…mempunyai suara semerdu…Tuuuttt..tutttt…tuttttt..sumpah ak xtawu nk cakap ape tentang suara die…menari plak…worst gile…tapi,die top sekejap jewhhh..so,tempat ketiga mungkin sangat bersesuaian dengan beliau…next time jgn popular lg keyhhh…plizzzz

 

2nd place of ZERO

justin_bieber3Justin Bieber…OMG!!tolong laaa…die ni bleh di gred kan sebagai tomok zaman2 dulu…walaupon tomok skng sudah berubah dan cool…tapi budak ni…urghhhh..tahun kelahiran 1994…tahun kematian Kurt Cobain…n die pown lahir…bayangkn betapa suwey nye beliau…sore ala2 adik perempuan korang yg masih berumur 5 tahun…nyaring..dan menyakitkn telinga…namun menjadi kegilaan ramai…ape kes??

 

1ST PLACE OF ZERO!!!!!

amir Ape bende ni???adoi…tolonglahhhh..tolong…Amir Raja lawak…ape yg lawaknye??sumpah 1 bnde pown ak xphm ape die cakap…tapi die ni bleh pegi final…WTfun…tolong jgn menjelma didalam industri lagi…sumpah merosakkn imej artis2 lawak yg laen…takot2 dengan kehadiran die…dapat mengurangkn kepercayaan peminat industri tanah air terhadap pelawak2 negara…sesungguhnya…artis Malaysia sungguh hebat…tapi beliau??urghhhhh…king of zero…

 

oke…sebentar tadi…3 carta tertinggi ZERO..skng ni plak..3 carta tertinggi HERO…u da great…

 

3rd place of HERO

cicakmanTu dia…Hero Malaya…korang tengok perut die..1,2,3,4,5,6,7,8…8 pack beb…jgn wat maen…cicak man a.k.a saiful apek…beliau ni mmg legend laaa..di zaman kebangkitan beliau…bleh dikatekn sumer filem lakonan beliau menjadi…xde beliau,xtawu r ape akn terjadi kt industri perfileman…pasti dan pasti tidak serancak sekarang…sejak dari zaman awal2 senario hinggalah sekarang…beliau pasti tampil dengan lawak yg segar dan boleh diterima oleh semua lapisan kaum dan umur…tahniah Apek… tahniah cicakman…

 

2nd place of HERO

celine_dion_taking_chances_416714 Celine Dion…ni carta ak yg wat sendiri kn…so,suke ati r nk bg sape pown dpt tempat kedua..betol x??walau cmne pown…celine dion ni mmg mantap…makcik ni pernah top suatu ketika dulu…lagu2 die sume meletop…klo korang dengar…mmg tangkap meleleh…ade juge artis tanah air yg setaraf ngn beliau seperti dato’ siti,fauziah latif,dayang dan sebagainye…mereka semua hebat…tapi celine dion tetap dihati….go go makcik cantik..go!!!

 

1ST PLACE OF HERO!!!!!

103003mahathir Tun Dr Mahathir…beliau ni laaa hero malaya…hero diantara hero2 yg ade di dunia ni…jasa dan pengorbanan beliau mmg sejajar ngn kemodenan skang…beliau ni genius dalam menguruskn negara…klo xde beliau…kompom sekarang ni…kite xde ape nk dibanggekn ngn Malaysia…pemikiran beliau mmg 100tahun kehadapan…terima kasih tun kerana pernah membimbing Malaysia sehingga ke tahap ini…Keranamu Malaysia…Keranamu Tun Dr Mahathir…Selamat menyambut kemerdekaan…

 

p/s:jangan amek ati ye…klo terkasar tu…anggap jewhh r gurau kasar…kalau terlembut tu…anggap jewhh pujian ikhlas…sekian,salam merdeka…kibarkn jalur gemilang…

Clothing

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…

Untuk Entry kali ni,aku akan bercerita serba sedikit pengetahuan ak yg tidaklah sebanyak mana mengenai Clothing…Seperti yg korang sedia maklum,clothing ni telah bertapak di negara kite buat sekian lamanya dari dulu hingga lah kini…namun,revolusi terkini telah membawa arus kemodenan di dalam setiap idea2 yg dicetuskan dalam hasil2 mereka….

26922_116428205040701_100000205670906_266522_7107673_n Banana Rider Tee…Angelina Jolie pegang pisang???wow..hahaha

 

34524_139563572739966_119490724747251_290702_1843570_nHailey DT…FYI,ade juga clothing yg mengabadikn artis di karya mereka…seperti contoh..Hailey Williams

 

40015_102822613109936_100001465930872_22088_7212578_n  Shiroi Neko Clothing…Karya yg sesuai untuk metalhead…seseorang yg berjiwa keras dan meminati muzik yg heavy…walau bagai manapon,seni yg ditampilkan dalam karya ni begitu abstrak dan ganas…cool…

 

37549_139563676073289_119490724747251_290715_7957435_n Robot DT…comel kn???awek tu or t-shirt???

 

45702_153014788048709_100000205670906_479009_3333215_nEffect…idea meletakkn instrument2 music didalam karya…seperti yg kebanyakan kite lihat…antara alat music yg feveret diletakkn didalam seni mereka ialah seperti guitar,drum dan juga effect…cool giler…

 

41308_426866689203_58012574203_4629967_2803245_n  Crooz Nursery…yg ni stylo..

 

44680_426841709203_58012574203_4629685_827215_nCrooz Shine In The Darkness…yg ni pown..

 

47556_154361971247324_100000205670906_487487_6931111_n  High Score Cap…ade juga aksesori laen yg dibuat oleh mereka..seperti tali pinggang,bag,button,kasut dan sebagainya….

 

Kalau nak tahu lebih lanjut…abes lanjut…pegilaaa ke website ni…majukanlaa industri independent anak2 muda Malaysia…sekian,aku lapar….

 

Bp RockrumbleCrooz ClothDirt-Tee ClothingNostradamuz.tee

Friday, August 27, 2010

PABILA SYAWAL MAKIN HAMPIR

Pabila syawal makin hampir…tapi suasana menyambut Syawal sudah tidak segirang dulu…mungkin kerana faktor usia…mungkin juga kerana faktor ekonomi dan pelbagai faktor lain…

oke…selamat datang wahai Syawal yg mulia…

Setiap kali Syawal…apa yg paling korang xdapat lupakn??Seingat aku…pernah sekali ak sambut hari raya ketika musim durian…mase tu ak dlm lingkungan umur 4 atau 5 tahun…Lepas bedal ketupat…dibilas dengan durian…settle durian,ak mula menjengah2 di ruang tamu…mane r tawu ade pakcik2 ak yg nak bg duet raye ke…kalau xde,ak teruskn upacara membedal lemang plak…lemang kt kampung ak mmg padu…xde tolok tandingan nye…klo korang kate lemang yg jual kt tepi highway tu sedap…mknenye tekak korang ni bergred D…klo owg laen sebatang makan 3 atau 4 owg…tp kt kampung ak..sebatang tu sowg hadap…mmg dah xde ape yg nk dipelikkn…

646825_ketupat beliau ialah 3ketul ketupat yg melayankan…

DI Ruang tamu plak…dipenuhi dengan gelak tawa mak cik2 ak yg xkan stop bercerita…lepas abes 1 topik…tambah lagi 1 topik…abes lg 1 topik….tambah lagi 1 topik…smpai r masing2 dah kepenatan bergossip dan bercerita…kadang2 ak seronok mendengar kisah2 mereka…lawak mmg lawak…biasa laaa..cerita kedai saloon…

Kat beranda depan plak…dipenuhi dengan asap rokok…pak cik2 ak kebiasaan nya melepak kt luar rumah…lepak ramai2 sambil membedal kerepek pisang disusuli dengan asap rokok yg berkepol2…air nescafe bersilih ganti memenuhi meja…namun hasrat untuk menghentikan aktiviti melepak beliau langsung tidak bersurutan…bkn senang nk berkumpul same2 dalam 1 mase…tapi bile dah berjumpe…cerita kedai kopi pown bermula…

Pabila malam menjelma…pak cik ak pown membuka bonet kete beliau dan mengeluarkan beberapa bag plastik hitam(bag plastik sampah) yg sarat dengan mercun dan bunga api…kanak2 seperti ak mmg menantikan saat ini…kami bergembira di halaman rumah bermain bunga api dan mercun…meletup2 memeriahkan suasana malam…kadang kala kedengaran juga suara kaum ibu menjerit memanggil anaknya pulang kerana risau akan keselamatan mereka…tapi pedulik ape…betol x??

Selesai aktiviti malam…separuh daripada keluarga disitu pulang ke rumah masing2…ada juga yg bermalam di kampung…tapi,berdasarkan rekod family aku…belum pernah walaupon sekali kami bermalam di kampung…mungkin ini adalah kerana jarak umah kami dengan kampung tidaklah sejauh mana…so,kami pon pulang kerumah…walaupon penat,kami gembira…I’m tired but happy(stok ending karangan darjah 4)

 

p/s:cmne r keadaan raye kali ni….

Wednesday, August 25, 2010

Perjuangan

"Wahai tentera Islam. Laut di belakang kamu, musuh di hadapan kamu. Maka pilihlah mana yang kamu kehendaki.”lalu di bakarnya kapal2 armada milik tentera Tariq Ibn Ziad…

Hikmah daripada perbuatan beliau, Tentera Islam berjaya menakluki Kota Al-Andalus di Sepanyol…Pemerintahannya kukuh hingga berjaya menakluki beberapa kota lain yg jauh lebih kuat…

 

Lihatlah apabila dunia kita sudah tiada pilihan…kite pasti akan hanya focus pada sesuatu…dan apabila kita focus pada sesuatu…insya-Allah yakin dan yakin…tuhan sentiasa akan membantu…

 

Tentera Ziad akhirnya berjaya menewaskan bala tentera Sepanyol yang jumlahnya berkali ganda ramainya... Di belakang mereka laut, di hadapan mereka musuh…Hidup adalah satu harapan apabila kemenangan itu diperolehi….Jadi, adakah kita ada pilihan lain?

 

 

 

p/s:renung2kan sambil makan maggi…

Sunday, August 22, 2010

spy

KEDEGANGGG!!!kedengaran bunyi kuali yg dilemparkn oleh Saodah kearah suaminya setelah Ali,(suami saodah)terkantol memiliki wanita simpanan…

Ali:”awk dah kenapa??awk jgn fitnah saya mcm2 taw…dosa hukumnya…”

saodah: “ouhhh..dulu sy xnk kawen ngn awak…nk ugut2…nk bunuh diri knonnye..tp sekarang..ade hati nk simpan2 pompuan..dasar laki xsedar diri…”

Ali: “Astaghfirullahalazimmmm…

GEDEGANGGGGG!!!!sekali lagi saodah melemparkan periuk rice cooker kearah suami nya…namun Ali sempat menepis…

Saodah: “awak jgn nak tipu2 sy…awk igt sy xtawu ke??sy ade spy yg dok tgok ape awk wat kt luar sane…

Ali: “siapa spy awk tu??

Saodah: “Markonah!!(nama seorang rakan baik saodah ketika zaman anak2 dara dulu..)

Ali: “Markonah???”(terngiang2 lagu Arrow – Niat Hati ku Tak Nak Berpisah…markonah ni ex-ali zaman bujang2 dulu…kes cinta xkesampaian r nih…)

 

OKe..dalam kepale hotak korang…rase2nye si markonah ni spy ke mami jarum ke kak nam duri ke ape??sebab kalau spy…markonah ni henset pown xde…dok bertenggek kt public siang mlm pagi petang..bab2 gadget mmg hancur laaa..klo cmtu..orang2 seperti markonah ni di iktirafkan sebagai mami jarum ataupown kak nam duri…xelok rosakkn umah tangga owg taw…klo ade masalah cmne pown…biarlaa mereka selesaikn ngn cara mereka…mereka kn dah besar..setakat tegur2 siket tu oke laaa…tapi klo nk citer2 burok owg..ak rse itu xpatut…hanya tuhan yg bleh bkk aib seseorang…bknnya makhluk…

ape yg di maksudkan dengan spy…??spy ni ialah agen penyiasatan yg kebiasaan nya cool dan muncul dengan gadget2 yg hebat…antaranya..

zippo camera r160 Lighter zippo yg mempunyai kemudahan camera…video n picture…harga RM160 sahaja..

motion video recorder RM435 Motion Video Recorder…boleh merakam setiap pergerakan…kegunaannya ialah utk mendetect perompak memecah masuk kawasan anda..cool x??cool kn…harge RM435

cctv signal rm68 Kalau tuan punye rumah igt die dah pandai sangat…sebenarnya…spy lagi pandai…mereka ada CCTV signal detector…so,klo kawasan tu ade CCTV..dowg bleh detect…harge RM68

rm274 Walkie Talkie terbaek sepanjang zaman…xperlu terpekik2 nk berhubung melalui walkie talkie…dan semua nya berjalan lancar dalam diam…dengan suara yg perlahan..dapat detect bunyi dengan hebat…harge RM274

1361463573 Bionic ear…berupaya mengesan bunyi sehingga 100meter…xperlu lagi cawan yg ditekapkn di pintu semata2 nk dengar perbualan owg…gunakan alat ini dan semuanya selesai…harga RM120

4155822881rm150 Macam mana kalau situasi tu xmembolehkan ko menggunakan lighter zippo berkamera…ape korang nk buat??haaaa…ini laaa die…alarm kereta yg ade camera…kebiasaan nya..ade certain2 tempat yg non smoking area…so,pelik laa klo korang kuarkn lighter kt tempat2 cmtu…harge RM150

5217812202 Kalau kat majlis2 formal cam dinner ke ape ke xkan korang nk keluarkan lighter ataupown alarm kereta…gile xcool…so,jam berkamera ni pown dicipta…mmg stylo…so,gunakan gadget berdasarkan keperluan dan situasi…jadilah spy yg bijak…harga RM618

 

dengan bermodalkan kurang daripada RM2000..korang dah bleh bukak 1 bisnes penyiasatan peribadi…siasatlaa secara professional..jangan jadi seperti markonah…yg paling penting sekali..bertindak mengikut situasi….

p/s:ak mmg dari dulu fanatik bnde alah ni….cume duet jewhh xde..

Saturday, August 21, 2010

dunia makin pantas berputar

Ya Sallam…..how r u everybody??sihat ka xsihat ka??ape ak kesah..aiman xkesah…camne keadaan puasa korang?? saiz pinggang mken kecik ke mken besar??klo mken kecik…bguslaa..klo mken besa. carik laa dimana silapnya…di lunch hour kah??atau pown di breakfast hour kah??tapi xpenting pown tu sume..yg penting hidup sentiasa bahagia btol x??

 

dunia makin pantas berputar….setuju??ape ak kesah… rase mcm bru jewhhh start ramadhan…tapi rupe2nya dh sekerat jalan kite mengharungi bulan mulia ini…alhamdulillah…dah berapa kali tarawikh?? hahahaha… xpe..simpan jewhhh jawapan ko tu dalam hati..

 

dunia makin pantas berputar…dulu zaman kanak2,seronok jewhh bila menjelang bulan ramadhan…lebih2 lg klo dah dekat2 nk raye… mercun ngn bunge api tu dah mcm satu perkara wajib bg ak…mama ak selalu pesan, klo nk main bunga api…jgn main yg bunga api kaler merah tu…asap banyak..pas maen nnt batok2…ape ak kesah??yg ni aku kesah sbb mama ak yg cakap…

 

dunia makin pantas berputar…dulu zaman kanak2, time 1syawal selalu kene pekik ngn boss ak…sebab sowg2 liat nk bangun g semayang raye…pegi semayang raye..lesu jewhhh…semayang raye ngn semayang jumaat dah mcm xde beza dh bilangan orangnye….sbb sebahagian daripada penduduk setempat telah pulang ke kampung… kesah plak ak..ehhh terbalik plak ayat…ape ak kesah… kebiasaannya, pas semayang raya…pasti dan pasti ak akn melihat mat2 bangla dan indon bersalam dan berpelukan di depan masjid… tanda kesyukuran dan kemaafan di hari mulia…kesian korang xdpt balek kampung…

 

dunia makin pantas berputar….dulu zaman kanak2, pas abes jewhh semayang…kami sekeluarga membedal segala macam makanan yg mama ak masak…setiap kali raya,xpenah mama ak xmasak pape..mesti ade jewhhh makanan2 raye utk kami belasah kaw2 punye…dulu zaman kanak2 klo mkan mmg xsah klo makanan x tumpah ke baju…bertompok baju ak ngn rendang dan sambal….bile kantol kt boss ak…naye beb..naye…jadi utk mengelakkan perkara itu daripada terjadi…behave yourself..pedulik kn betapa sedapnya makanan tu..yg penting tertib….

 

dunia makin pantas berputar…abes jewhh mkn…kami semua akan berkumpul di ruang tamu…duduk ikut urutan..start dari boss ak,pastu mama ak,pastu abg ak,pastu dan selebihnya..yg penting ikot susunan anak tangga r…segmen ni dipanggil…segmen mintak maaf…time ni laa kami akn merasa duet raya 1st sebelom g wat collection duet raye kt umah sanak saudara…time ni laaa nk kuar babak sedeh drama 14 episod…settle mintak maaf…kami akn bergambar bersama2 1 family…

 

dunia makin pantas berputar…skang waktu telah merubah segalanya… klo dlu kami beraya di kampung,skng ni dh xde kampung utk kami beraya lg…selesai jewhhh upacara meminta maaf..kami semua ke makam atok dan nenek…setiap kali nk ke makam mereka..kami akan melalui rumah atok dan nenek…rumah tersebut tidak lagi semeriah dulu…hanya doa dan al-fatihah sahaja yg dapat kami kirimkan kepada mereka…

 

dunia makin pantas berputar…xlame lagi ak akn jadi uncle…so,kne r wat simpanan siket utk anak sedara 1st ak…setelah lama rumah kami sunyi dengan tangisan bayi…xlama lagi akn kembalilah suasana gembira tersebut…tadi mama and boss ak dtg jmpe ak…mama ak berbual ngn adik ak adry mase dlm kete…

mama: “adry,xlame lagi adry kene dduk kt kerusi belakang taw..sebab baby dduk atas riba mama

adry: “ahhhh..adry xpeduli…sroh r baby tu dduk atas adry jewhhh..pastu adry nk sekeh2 pale die

kak oya: “dahlaa susa nak dapat anak..suke2 jewhhh nk sekeh anak owg…nnt ko kene hempap ngan boboy baru ko tawu…

 

p/s:dunia memang makin pantas berputar….sejarah dan kenangan laa yg membuatkan kite lebih dewasa…setuju???ape ak kesah….

Friday, August 20, 2010

downtown

minggu ni ak jadi penegar downtown yg sejati….dalam seminggu dah berapa ratus kali dah kehulu kehilir g downtown…sebot jewhhh downtown ape kt area2 sini..sume dah dijejaki…bkn nk beli ape pown..sje jewhh jalan2 cuci mate….

asics-tiger-corsair-70 tu dia…..asic onitsuka tiger kegemaranku….harga kt luar RM2rat lebih….kt downtown…aritu brader tu open RM75…tp ak mngayat2 siket….dpt kurang lg katenye…selagi harge xcecah rm50..ak mmg xkn berganjak dari situ..last2 xbeli pown..hahahahaha…jgn mrh bro..customer is always handsome..

DSC05482 mmg byk r barang2 khazanah seharian seperti minyak wangi, seluar jeans, baju tshirt,baju raye,barang2 camping,songkok dan sebagainye yg terdapat di downtown ni….peniaga2 downtown pown bleh tahan peramahnye…”xdok royaa….”amende ntah die ckp…kami hanya mampu tergelak…padahal xlawak pown…

croc crocs sepuloh hengget…korang bayangkn betape murah nye harge crocs..tapi made in ape ak xbrani nk ckp r…sendiri pakai sendiri rase..agak2 kaki ko dah bersisik mcm buaye…itu time baru r ko terpikir berbaloi ke x berbaloi duet sepuloh hengget ko…belilah yg original utk keselesaan sendiri…papehal pown harge die mmg menakjubkan r…nk penerangan lebih lanjut tentang crocs…g tnye crocodile hunter…spe tu???biarlahhh rahsie..

scorp haaaa..salah satu tujuan kami ke downtown sbb si cantik molek ni laaa…perghhh..mmg stylo gile r klo dpt bela scorpion sekor..sblom ni ade mmbe dh bela…punye laaa manje scorpion ni..elok jewhhh die jalan2 atas tangan ak..smpai dah nak naik ke muka dh die jalan…mulai dari saat itu..muncul 1 minat utk memiliki beliau…namun,ape kan daya…kedai tutop…ular pown ade jual gak…seram plak ak tgok ular…ade tikus ape ntah..ekor panjang mcm monyet..keje 24 jam tido…tido terlentang plak tu…

3950473505_9b9fcbb818 inilaaa yg paling best skali….ape bnde ni??ceri??pokemon??xde laaa.. ini ialah mercun bola…walaupown rupanya kecik dan comel…tapi hasil nya cukup nk buat jiran sebelah menyebelah ko pindah umah.. aritu klo xsilap…harge die speket 100 hengget kowt…ak pown dh lupe..xamek port sgt tentang bnde2 cmni…tp klo dh ade depan mate…korang standby jelaaa tutop telinge…

 

sepanjang perjalanan…banyak liku-liku dan halangan yg kami tempuhi seperti sesat , minyak kete abes , hujan dan juga lampu2 di downtown blackout.. namun…disebabkn kekentalan dan juga ketegaran hati utk menuju ke destinasi…kami tidak mudah patah semangat…

akhir kata:jangan buat bising…nnt kene mrh…

Wednesday, August 18, 2010

sebab manusia kene berfikir

assalamualaikum wbt..pada entry kali ini..sy akn memuatkn 2 buah artikel utk kite jadikn makanan buat minda kite berfikir…selamat berfikir..

artikel pertama         

Beribu2 tahun dahulu, ahli cendikiawan dunia telah mengkaji serba sedikit mengenai organ-organ yg terkandung dalam tubuh manusia. Hasil kajian tersebut…mereka telah menjumpai 1 organ yg bleh di ibaratkn sebagai permata yg paling bernilai utk manusia meneruskan kehidupan mereka di bumi yg penuh pancaroba ini

otak ni merupakan organ yg terpenting dalam tubuh manusia. Hal ini kerana,antara fungsi otak ialah utk menggerakkn sistem saraf manusia utk melakukan apa2 sahaja dalam urusan seharian. Di sebalik penciptaan otak yg begitu hebat itu…terdapat 1 lg ciptaan yg maha esa yg tidak ternilai hebatnya iaitu AKAL….

otak adalah organ dan akal adalah buah fikiran yg menentukan sejauh mana kehebatan minda individu tersebut dalam menempuh hari2 yg mendatang….kebiasaannya, kita sering mendengar pelbagai penyakit yg berkaitan dengan otak seperti penyakit kanser otak,pendarahan di otak,kepale hotak,ketagihan otak2 dan sbagainya…

namun begitu,otak dan akal sering dianggap sebagai sesuatu yg sangat berkait rapat..tapi tidak pula kita dengar mengenai penyakit2 akal yg berbunyi seperti penyakit otak…contohnya kanser akal,pendarahan di akal,kepale hakal,ketagihan akal2 dan sebagainya…mengapa agak nye??

oke….skng sy akan menerangkn apa yg dimaksudkn dengan penyakit akal…penyakit akal ni pokok pangkalnya bermula dari hati…naik ke otak…lalu menyerang pemikiran logik akal kite dan terus mengakibatkn 1 penyakit yg sangat merbahaya..iaitu hasad dengki…oke..masok topik laen jap..

p/s:kebanyakkan gadis2 sekarang banyak menghidap penyakit akal…

artikel 2

“kalau sedara nak berbini sampai 10 pown sy pedulik ape…tp jgn r sampai kelentang kelentung tengah2 mlm…timbang rasa la siket kt jiran sebelah menyebelah”petikan dari filem seniman bujang lapok…oke..berdasarkan daripada petikan tersebut…apakah yg bermain difikiran anda??curang??berbini 10??menonggeng??ataupown ditonggengkan??kuat menipu?? periuk belanga terbang melayang??

Tidak…bukan itu yg harus saudara fikirkan…tp apa yg kita harus fikirkan ialah…sejauh mana kite mengerti erti kesyukuran itu…setiap apa yg dianugerahkan kepada kita adalah 1 nikmat yg paling istimewa dan bersesuaian dengan diri kita…kenapa tidak kita bersyukur??kenapa perlu jadi seperti dalam babak filem seniman bujang lapok itu??

Berbalik ke alam realiti..lazimnya,sekarang ni mmg musim menonggeng dan ditonggengkan…walhal pada suatu ketika dahulu bertahun2 lamanya..berjanji sehidup semati…sanggup merenangi lautan api..tapi,setelah jumpa seseorang yg lain…apa sudah jadi??mana janji2??mana sehidup semati??frust menonggeng kawan dibuatnya…saba jelaa…

kenapa kita tidak bersyukur…jawapannya…SEBAB AWAK INGAT AWAK CANTIK…PADAHAL……bile cinta awak xmenjadi…awk carik yg lame…yg lame ni pown 1 hal gak…xpe r…lantak kome laaa…biar kene maen sampai 100 kali baru kome nk sedo gamaknye…

p/s:kebanyakkan gadis2 sekarang tidak bersyukur dan tidak setia pada pasangannya

kesimpulannya…ada akal kite fikir…ada lidah kita zikir…artikel2 tersebut tiada kene mengena dengan diri saya mahupon semua makhluk tuhan tidak kira yg masih hidup ataupon yg telah meninggal dunia…sekadar renungan bersama

akhir kalam,

wasalam….

Tuesday, August 10, 2010

one week stories

Huhhhaaa!!terkejut ke??

oke untuk post kali ni…aku akn wat summary bout one week stories ak yg penuh ngan pelbagai kisah suka duka dan drama 30 episod yg sentiasa membuatkn ak tersenyum bile teringatkn peristiwa sepangjang tempoh itu…

1stly..ni pic2 battle of the band kt MMU..DSC02231 penguin line-up for MMU..xpyh r nk kenalkn sowg2..penat r…nk knl g carik kt fb..

DSC02251 azree,ameer,n aku kt backstage…jantung dub dab dub dab..tapi sedap..

 

and the next story is…birthday tandoi..

tandoi atau mirul telah selamat di marinate kn ngn serbuk kari,tepung, budu, kicap, telur, garam dan sebagainya..sebagai tanda terima kasih kpd beliau…beliau telah dia dianugerahkan sepeket susu masam diatas kepala…

IMG_4752 ni ak ngah jadi super saiya…bkn senang nk menjinakkn dowg ni…jinak merpati nmpk hinggap di tgn…jinak manusia hinggap di kaki..

IMG_4744tu dia…ninja warrior…yg blakang tu…bomberman(kecik)..ade sedikit kejutan utk ninja warrior…

IMG_4759  ninja warrior telah di ikat di tiang supaya tidak mengganggu muslimin dan juga muslimat utk menunaikn ibadah puasa..daun kelapa tu adalah upacara menjinakkn beliau….

 

p/s:finalist – lahar cinta…terbaek dokkk…

Sunday, August 1, 2010

meditasi sebelum 7hb ogos 2010

Assalamualaikum pembuka bicara..

setelah sekian lama menyepikn diri akhirnya ak akur untuk mengpudate blog yg kelihatan semakin nak bersawang nih..sori, bukan nya ak mls..tp tahap kesibukan semenjak kebelakangan ini amat mencemburui untuk ak bergiat aktif dalam dunia blog mengeblog..

Kebiasaannya,apakah persediaan korang untuk menghadapi hari2 yg penting dan mendebarkan dalam hidup korang.?Bagaimana korang menghadapi segala permasalahan yg timbul untuk hari2 penting korang.?Ada sesetengah manusia yg gemar memilih jalan pintas dengan meminta bantuan dari pihak lain..seperti bomoh ataupon tok sami buddha yg suke bg iklan no ekor kt umah korang..

Apa yg dapat ak kongsikan pada post kali ini ialah….TIADA SESIAPA PUN YANG DAPAT SELESAIKAN MASALAH KORANG melainkan tuan punye badan…oleh itu,jangan laa meminta bantuan daripada pihak2 yg xsepatutnya…pilihlaa rakan2 dan juga orang tersayang utk memberikan sedikit kekuatan utk korang bersedia dengan keyakinan dan kondisi yg mantop….

Antara meditasi yg ak lakukan utk menghadapi hari yg mendebarkan dlm hidup ak ialah dengan….

P7180541Menghabiskan banyak masa dengan bandmate utk berbincang dan berlatih..homework mesti mau buat..nk improvement..xnk alasan..GOT IT??

Image079Haaa…dia ni r yg byk bg semangat dan pendapat susah dan senang…rase cam nk tumbok2 jewhhh…(xpsl2 nk tumbok plak..haha)

imagesApe ni???teko aladin ke ape ni??xde r..ini laa die yg dikatakan..permainan bila larut malam.. Apabila kepala semakin berserabut ngn homework dan juga masalah..inilahh die penemannya..Yg paling best…klo bende alah ni dekat ngn ak.,..mmg kompom2 lantai andalus berdebu2 ak keje kn…setiap 1 minit mesti ak ketuk2 arang tu biar xde debu smpai pak arab kt andalus tu bleh nk marah ak plak..ape kes??…ade bakat x nk bukak bisnes shisha??? Xlupe juge…permainan yg akan disusuli smase melayan bnde ni…TRUTH or DARE…!!!

 

p/s:penguin…wat laaa yg terbaek…make them proud okeyhhh…

koi